Tuesday, May 31, 2011

Chloramphenicol.

Bala bala... memang bala.

tapi bala datang bersebab kan?

huh, sabo je le..

pergi klinik semalam. sakit mata. mata belah kiri. bala, bala. maka pergilah seorang diri ke klinik setelah ditinggalkan keluarga yg melawat saudara2 ku di melaka. Malas nak ikut, bgn lambat lagipun. ciss

dah dapat deskripsi dari doktor/MA terus bergegas ke kaunter farmasi. maka diberi lah ubat titis, ubat night cream, antibiotik dan panadol.

apa yg menarik adalah ubat night cream antibiotik tu, ataupun nama panjangnya chloramphenicol. check kat wiki jap, saja bosan duk rumah.

"Chloramphenicol is effective against a wide variety of Gram-positive and Gram-negative bacteria, including most anaerobic organisms. Due to resistance and safety concerns, it is no longer a first-line agent for any indication in developed nations, although it is sometimes used topically for eye infections. Nevertheless, the global problem of advancing bacterial resistance to newer drugs has led to renewed interest in its use. In low-income countries, chloramphenicol is still widely used because it is inexpensive and readily available."

malaysia banyak duit untuk subsidi elektrik tapi tidak pada ubat ubatan. isu tak besar mana pun, tapi dorang sibuk2 suruh jimat elektrik padahal dorang yg bagi subsidi elektrik menggunung. aishhh... takdelah, tu pendapat sendiri je.
(owh, Malaysia low-income country ke? memang bukan developed country, for sure. Tapi rasa malaysia dah masuk developing country kan, siap termasuk dalam newly industrialized country lagi.)

fuhh.. merepek lagi. sebenarnya nak bagitau dah sampai kelantan je^^

and, hepi belated belated bday ye kamu,


ye, kamu la. sape lagi. tapi caption salah ni, patutnya who's the birthday girl yesterday+yerterday+yesterday? kredit to kapaks yg meng remind kan melalui post beliau.

dan bai bai kamu,


dapat main dgn kamu2 yg semakin nakal dan comel ni sekejap je.

next time ayah su kawin korang jadi pengapit..(_#@!$(@I$)

nitez. esok mahu ambil si qunyam bersama ibunya di airport. buh-bye

Sunday, May 29, 2011

Behind 8372.


Most Serbs will surely hail Ratko Mladic as their hero. Why? easy peasy, because he helps in the ripping of 8372(its the official number, wonder what are the real number. more than this, of course!) Bosnians' heads(Muslim Bosnians!) back in 1995.

Why he need to get rid those Bosnians? because it will be easy for them to control the 'so called their country'. At that time, their country has 3 main ethnic. The Bosnians, Serbs and Croats. Bosnians and Croats were on the same side but the Serbs is just a bunch of fags who lose in 1990 election to decide whether they want to join their country with Yugoslavia or seek independence and rule their own country. Fags Serbs eagerly want to join with Yugoslavia but not Bosnians and Croats. Then, they lose the election and Bosnia and Herzegovina become an indipendent state. actually its a long long story then, folks. search for yourself yahh..(especially about this genocide and others crime they had done)

oh, what am i doing.. write something totally i'm not into. -_-

i love Bosnia. i write this because of this man.

yeah, score more for man city next time, ok.

p/s: tired of waiting my turn to watch tv because my lil sister watching demmit Boys over flower at KBSW at 2am! the final is getting start, between man ushit and barca. Viva la Barca, then!(because Chelsea's not in the final T.T)

hey, even Dinho votes for Dzeko u know?!?

Friday, May 27, 2011

Jangan pandang pandang.

bla bla bla..duh(!)

hari ni kantoi, kantoi, dan kantoi.

kantoi dgn mak. sedang sedap mengunyah zinger sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dari aircond yg kuat berkuasa kuda tiba2 seorang cek mek molek berada di depan pandangan. pandangan aku. ringkas, bertudung, anggun dan ayu. punya lama gilak staring. tiba2 ada orang gelak2.

duh, malunya, kantoi ngn mak usha awek. aku dgn serius selamba pun berkatalah,
"dia pandang capik, capik pandang dia balik...." sambil terus mengunyah dgn perasaan segan. lepas tu keluar dari mulut mak, "ada orang mengikut ni" (merujuk kepada ayah). well mom, like father like son rite. and im ur only son so don't blame me for my inherited talent, staring talent. (hah? talent ke..)


takde la staring obvious sangat. macam pervert la plak. staring secara berhemah dan beriman gitu.

anda patut berbangga bila di staring wahai wanita. tapi bagi kaum adam, jaga mata anda. jauhi zina mata ok. walaupun benda tu aku buat hampir setiap hari. eh tak, wajib setiap hari. 1st staring tak sengaja. tapi kalau dah 2nd time tu bukan lagi tak sengaja kan ;(
( dalam hati ;) ... ) aish, manusia.

(oh lelaki je, perempuan takpelah) hah! memandai je, same aje la -_-'

Wednesday, May 25, 2011

Main sejuk(!) dan Makan angin(?)

Tiba tiba! tetiba teringat satu lagu. dah lama dalam folder lagu ni. dari masa aku form2 lagi simpan lagu ni. tapi tak pernah dengar.




dengar 2 hari lepas. hah! coldplay, they're just a bunch of genuine genius laa. tak layan dorang pun sebenarnya. tak berkesempatan, tapi layan kot dengar 2-3 lagu feymes dorang. dengar petang2, sampai tetido layan lagu ni. bangun2 dah isyak... sori... takde orang kejut. mak pergi makan angin kat johor. tinggalkan aku kat rumah. sobbs T.T

oh ye, kak ina dah bole kawen. dia dah pandai masak. dah bole jadi bini orang. anda dah dapat approval dari adik anda ni.

mak makan angin.takpe2.. nanti saya pun makan angin gak kan. heilmi dan kemon mengajak saya makan2 angin ala cuti2 malaysia. teruja rasanya*hah, tipu*. tapi kena penuhkan poket dulu. time ni la kena buat baik dgn kakak2, boleh pau nanti kan. bukan pau makan la. oh lupa, Pak Padil jangan jeles. anda duduk diam2 di mansoura tu ye, kami di malaysia mahu makan angin.

dah, dah , dah, dah bosan balik... huh, tak tahu nak tulis apa. tidur dulu.


oh lagi satu untuk kasi gentar jiwa lara. just legend ^^

gud nite;

" Nobody said it was easy,
It's such a shame for us to part,
Nobody said it was easy,
No one ever said it would be this hard,
Take me back to the start.
"

Wednesday, May 18, 2011

Pftttt.



"ketuk kang, baru tau!"

gambar takde kena mengena. saja je letak. gilak dah aku ni. tahap kebosanan yg melampau di rumah agaknya.


alolololo. jgn la nanges. saya tak boleh tengok perempuan nanges2 ni ;(


dah dah. cukup! buat muka kiut plak. gigit kang, grrr


boring! boring! boring!

nak balik Kelantan. cepatlah bulan Jun oiii. nak uruskan syarikat, nak melawat kampus baru. Duduk rumah ibarat duduk dalam steamer. aku ibarat pau. makin lama makin mengembang. makin lama makin gebu.

Mak Wan ngn Atuk datang rumah. duduk rumah sampai next week aku rasa. ada medical check up kat Hospital Pilah.

Tension jugak kadang2 duk rumah lama2. totally lotus eater. makan tidur. makan tidur. Makes me really2 miss my hometown. i miss Perak. badly ;(

Mak really gives me a headache last week. hari2 mak bangkitkan isu yg sama. looks like she's really wanna know bout my personal life. pelik, dulu masa masuk u awal2 mak cakap jgn asyik nak berkawan je, ingat blaja. tapi skang mak sibuk tanya macam2 soalan pelik2. Hah! mak tak sabar nak menantu ni. tak tau la kenapa. -_-'

masa kak ira hantar makwan pun cakap benda yg sama. grrr

nasib baik mak wan n atuk datang. jadi mak sibuk melayan merekaa. har har har. merdeka buat sementara.

tapi aku rasa dah puas dah ulang benda sama. Next sem, ok. that's the answer ma. ustaz mokhlis sendiri cakap.( oh ustaz yg cakap rambut aku macam yahudi time kat matrik. aku nak buat lagi rambut tu masuk sem3 ni. ) Kalau nak sangat, tunggu sampai tahun dua. Next sem sudah masuk tahun dua. maka dengan itu diumumkan next sem sebagai kick start 'hidup' yg baru. yeah, katakan pada dunia, lonely soldier boy, no more.

Special Agent Sarah Walker. naseb baik ada dia. cuti aku terselamat. mak, kalau dia jadi menantu mak ok tak? tapi season4 stuck kejap. on the way download. time2 ni la baru aku rindu najeh.


yeah, i love u too. kau bila plak aku nak donlod ni?

Tuesday, May 10, 2011

Macam macam.

Seminggu 'berlibur' di hutan lipur bukit bakar. macam macam yang berlaku.


tenkiu pakcik google.

ada latihan luar sebenarnya. personally memang tak suka join unit beruniform ni dari mula lagi. parents paksa. tak apa, ikut je. mungkin ada keberkatan di situ. tapi tak tahu sampai bila kesabaran aku ni bertahan.

personally juga, aku memang sangat2 suka kursus kali ni. Kursus Asas Peperangan Hutan bla bla bla. tak ingat nama penuh latihan ni. best! memang sangat best! sebab aku memang suka perang. errr.. main game perang sebenarnya.

Call of duty 2. layan main menatang ni. senjata klasik gitu.



terbaek antara terbaekkk! cod: modern warfare 2. latest battlefield weapon. storyline yg memang mantapp. ibarat main game sambil tengok muvie. WTF! wat the fun!

cukup2 dengan fantasi game, kembali ke alam realiti. Latihan kali ni diketuai oleh Encik Idrus sebagai tenaga pengajar. pengalaman memang banyak gilbabs dia ni. anggota PGA yg pernah involve dalam tiger platoon time lawan komunis tahun 80 an dulu. gila kau, dia cerita pengalaman dia time perang boleh buat bedtime story kot, setahun tak habis cerita. dia skang ni dalam batalion 8 PGA. respek dia! tapi time seminggu tu dia tak banyak cerita sangat kisah dia. banyak tumpu kat kelas yg memang aku tak berapa nak minat. macam, kelas peta topografi dan kompas, dan bla bla bla.

merepek meraban je. tapi aku suka kelas kawad berpengkalan ^^. ada beberapa section penting; Recce, HQ, Bren, Rifle. Lepas tu adalah subunit2 dia lagi. aku masuk dalam bren. Bren1. bren bawak senjata berat. kalau aku pulak bawak perut berat. (mustaqim kata aku gemuk)gfy.

lepas tu blajar taktik hendap base musuh. hendap style kelopak bunga. mantap2.

4 hari kelas, 1 hari masuk hutan, 1 hari siapkan model, 1 hari majlis penutup. bukan model macam hanis zalikha tu. model hutan yg kitorang masuk tu la bijak. aku tak buat pun. sebab aku tak terlibat dalam pasukan peninjau.

yg paling tak boleh lupa, mestilah bila masuk hutan. pacat jgn cakap la. well, aku macam biasa, di kerah tenaga untuk membuang pacat2 yg hinggap di betis para gadis yg datang mintak tolong(dorang yg suruh la, grr). hari yg paling ditunggu tunggu tu. tapi sehari sebelum masuk hutan macam2 yg jadi. sedih, takut, naling. ada orang dekat2 situ jatuh tebing. tuan cakap harapan dia selamat tipis, tengkuk and tulang belakang patah. tuan cakap dia rasa macam ada malaikat maut duduk sebelah dia masa budak perempuan tu baring atas peha tuan.

lepas tu, terus macam2 benda pelik jadi. masa encik2 yg mengajar tu masuk hutan, jumpa tapak kaki 'maybank'. tapak kaki 'fumakilla'. kalau dalam hutan jangan sebut nama binatang2, tapi gunakan codename. banyak pantang larang dalam hutan ni. hormati hutan. sebab hutan pun ada penduduknya kan? walaupun kita tak nampak.

Bila dalam hutan. Magrib tu je dah stat benda2 tak diduga terjadi. Tuan kena patuk ular. nasib baik ular tak berbisa sangat. tapi teruk jugak la kalau dah kena dalam tengah2 hutan kan.

aku sendiri pun terkena tempias benda2 pelik ni. malas nak cerita. yg penting hormati mereka, mereka akan hormati kamu. Jangan takut sangat, dan jangan berani sangat. paling penting, mulut jangan celupar. walaupun sampai kat rumah skang ni, aku rasa 'benda' tu still ikut aku.

time keluar hutan antara part yg paling best. setiap kali bom meletup, kena jerit, "Down! musuh hadapan/belakang/kiri/kanan" lepas tu merangkak la dalam sungai tu. bunyi bom x habis2 sampai la kat base tetap.

habis je menatang ni. terus balik umk. aku tak berapa sedih tinggalakn umk kali ni. sebab nnati aku datang lagi umk bulan 6 ni^^. see yaa... so long, nitez.

chuck season4, wtf, What the FUN!