Tuesday, September 6, 2011

Raya la sangat kan.


Raya pertama seperti biasa, ayah standby kerja. Tak raya kat kampung Melaka dah semenjak nek meninggal. Teringat masak pati santan arwah nek. Kalau balik Melaka pagi raya wajib makan masak pati santan ni. Melaka style. Dia macam masak lontong tapi tak ada tempe dan dah siap campur sambal. huh, sedap kot. Aku suruh mak aku masak, sedap la jugak, tapi macam ada benda yang tak cukup. Air tangan lain2 kan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Juga atuk. Ayah aku dah tak ada mak dan ayah.

Yang tambah tak bestnye lagi tahun ni pagi raya aku ngan adik aku je ada. Yang tiga ekor lagi tak balik. Dua orang raya dengan tok laki masing2, yang lagi satu raya kat tempat kerja. wadehel la. jadi aku la yang lead untuk salam bersalaman mintak maaf di pagi raya. Rasa janggal. Tapi kena buat jugak sebab nak duit raya. Berbaloi baloi.

Raya pertama keluarga abang ipar aku datang. Abang ipar yang 2nd. Macam biasa, aku duduk luar sekejap je. Dah bosan2 aku masuk bilik. Lepas tu keluar balik. Pastu masuk balik. Saya kan pemalu. Entah la, da tabiat dari kecik kalau ada tetamu je mesti aku banyak lepak dalam bilik je. douche.

Yang bestnye adik beradik abang ipar aku tu banyak mulut, sesuai la dengan aku yang tak banyak cakap ni. Aku ni bukan jenis 'initiator' lebih kepada 'catalyst'. damn shit catalyst. Yang lagi bestnye dorang ajak main pes. Aku ni dah macam jakun gila dah lama tak main dengan manusia, asyik lawan computer je. 1st match kalah sebab joystick cegampang dan 2nd match menang sebab sorang lagi tu, Fizi, noob sikit. Tak boleh blah, orang datang rumah beraya, tapi ni datang rumah main game. cool.

Petang raya, bila tetamu mengundurkan diri. Bermulalah rancangan keluarga. Family aku ni pelik sikit. Orang lain hari raya pergi melawat saudara mara, tapi family aku gi Jusco. Dah dua tahun berturut turut dah aku rasa beraya kat JJ ni. Dah nama pun raya pertama, yang banyak kat JJ tu orang cina je. Dalam 90%. Aku pakai baju melayu je. Time ni le nak pakai baju melayu masuk JJ ye dakk. itu je lah, raya pertama aku macam hell tak berapa best kan.

Raya kedua ni macam havoc la sikit. Saudara belah mak datang. Ramai gila. Dah la ramai, gila pulak tu. dalam 4-5 kereta jugak la. Rumah aku ni kecik je. Biasa ler, rumah kerajaan je yang mampu. Best dapat jumpa semua adik beradik mak, errr sebenarnya best dapat duit raya banyak. Family belah mak ni best sebab, duit raya wajib dapat walaupun tak pergi beraya. Macam tahun lepas diorang kirim ikut kakak aku yang kerja kat KL je. Lepas tu siap tulis nama kat sampul tak boleh blah tu. Itu la antara sebab aku suka raya, poket gerenti penuh. Mostly saudara belah mak ni duduk KL je, area greenwood, Sri Gombak termasuklah Mak Wan ngan Atuk, nenek n atuk aku. Kecuali Ayah Chik yang duduk kat Penang n mak Long yang setia dengan Kelantan n lastly Ayah Ngah duduk kat mmm, tak ingat la plop, dah dia asyik pindah randah je, dia polis. Oh ye, semua adik beradik mak aku 7 orang sekarang ni, percaya tak asalnya 20 orang? banyak sangat tragedi.

Kalau dulu family aku duduk Perak jauh, mak wan tak selalu datang. Tahun ni hampir semua adik beradik mak balik beraya kat Gombak kecuali mak. Jadi raya kedua semua serbu rumah aku la. Tapi bukan semua ada. Ayah Long balik Kelantan pagi raya kedua. dah besar dah sepupu2 aku ni. Yang lelaki semua dah suara garau, macam cakap dengan t-rex je bila cakap ngan diorang. Yang perempuan ada yang tinggi lagi tinggi dari aku, aku rasa. Dalam 174cm kot tinggi dia. Perempuan 174cm? Respek2. Dapat jumpa nabila jugak, sepupu yang sama umur dengan aku. Tapi sekarang dia study kat Egypt so tak selalu boleh jumpa dah. Malas nak cerita pasal family belah mak aku ni banyak sangat kisah menarik. Anak Ayah Ngah cute gilbabs. Dia kahwin dengan cina, tu yang anak comel gilak tu. Yang tak bestnye, semua cakap aku dah tembam. fuk. oh ye, mereka memang betul, 11 kilo dalam 4 bulan. Tapi bukan rekod yang baru aku rasa. Aku pernah naik lebih dari sekarang ni. Tak kisah la. eh, aku kesahh.

Bila dah petang sikit, semua pun angkat kaki. Berakhirlah raya kedua yang besh, sebab poket penuh. Raya ketiga, family abang ipar yang 1st datang. Tak berapa kenal sangat pun. Raya keempat, balik Melaka. Best, banyak gi raya rumah sedara mara walaupun tak berapa kenal. Ayah banyak sangat adik beradik. berpuluh puluh jugaklah adik beradik ayah sebab arwah nek dengan arwah atuk kahwin banyak. Atuk kahwin 3, nek kahwin 2 kalu tak silap. Harap2 mewarisi legasi arwah atuk, ye dakk. Malas nak cerita banyak. Penat.



Sebab, raya kelima saya di KELANTAN :)

4 comments:

  1. best r raya dapat g jalan2.. aku tidor je.

    ReplyDelete
  2. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.00/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete