Wednesday, August 10, 2011

Ramadan rage.

Bermulanya hari Selasa di bulan yang mulia hari ini memang menguji keimanan. Tergugat la sikit keimanan ni... sikit je... kot

Seperti biasa bangun sahur makan, bla, bla, bla, subuh, bla, bla,bla on9 jap, bla,bla,bla.. sambung tidur balik *peace* kemudian dalam pukul 11 pagi tu bangun siap2 mandi2 manda2 nak bawak kakak2 aku pergi membeli belah. Dah la tak puasa, sibuk nak raya. apekehel

Sebenarnya nak gi beli kek bufday adik ngan beli barang baby je kat Senawang. Tapi dah alang2 sampai mereka dengan rakus suruh aku parking kat Giant. Dorang nak tengok2 barang kat Dataran Senawang. Dataran Senawang, alaa... yang ala ala Wakaf Che Yeh tu. tapi aku pun nak cari barang aku jugak sikit2, kopiah or songkok dan kain pelikat multi-purpose. kamu tak tahu apa itu kain pelikat multi-purpose. mari aku ajarin..

pertama sekali, ianya secara zahirnya ialah kain pelikat dan berfungsi sebagai kain pelikat. dah nama pun kain pelikat!

kedua, boleh dijadikan samping,

gila cun kot. x payah nak beli samping kan. aku tak pernah beli samping selain samping2 rasmi sekolah. gilak pocoyo. biasa la orang susah, nak beli samping mahal2 mana mampu. gambar tepaksa dipotong kepala, sebab awek sebelah aku tu cun sangat, kalau iman kau tergugat sape susah? aku jugak..

ketiga, bole buat selempang. macam zaman P. Ramlee dulu, pendekat bujang lapok, alaa, yang macam miss world pakai ada tulis nama negara semua tu laa.. nanti mainlah model2 ngan adik perempuan ke, adik pondan ke, adik adik ke, mesti dorang suka.

keempat, bole buat lap lantai, sebagai pengganti kain buruk. pastu, kalau air takde boleh lap ngan kain plikat je...

ketiga dan keempat tu hanya gurauan semata mata. tapi yang keempat tu ada betulnya. Meh tengok demo meh.

tapi seriesly, aku tak pernah beli samping. Kopiah or songkok untuk tahun ni terpaksa beli baru la plop, berlambak kopiah kat umah aku ni. Tapi memandangkan diameter kepala yang semakin membesar disebabkan bahana rambut gila2-lebat-front-fringe aku ni saiz dah bertambah 2. dari 21 kepada 23. shoosh aku rasa gila gay rambut aku ni, tapi nasib baik majapahit-super-cool sideburn aku ada. super cool bebeh

Berbalik semula, bila dah kakak2 aku ni ajak aku pun ikut je la.. i follow.. tapi aku pelik, tak penat ke mereka2 ni berjalan je dari tadi. owhhh fuuuu, patut le, tak puasa... yang kak ila ni pun satu, dah la dalam pantang lagi, time shopping bapak semangat. takpe, i follow.. memang la tak puasa, dah abis tu dia mem-breast feed si Damia, haus katanya brest feed budak ni. kering je tekak, kata beliau lagi..

hari ni banyak belajar pasal perempuan, pasal tudung, susu ibu, baju kurung, kebarung, mengkarung. Aku saja tease kak ina suruh pakai tudung Hana Tajima. respon dia, uisshhh, tu untuk sape yang betul2 cun je, orang dah cun pakai apa pun orang kata lawa. make sense. Betul jugak kan...tapi jawapan dia mengiyakan yang dia tak cun , har har har. tarik balik kenyataan, sebab nak duit raya lebih tahun ni.

Tapi itu semuanya hanyalah introduksi untuk mengurangkan rage di bulan Ramadan kali ini. Gila geli geleman gelimat. Imej2 yang masuk dalam kepala hotak aku harini telah menyenggama otak aku. pinjam ayat obe jap.. ya mashiii

bukan sorang dua yang buat. aku rasa dekat Senawang je tadi lebih dari sepuluh. Dah takde gaya lain gamaknye? kenapa mesti gaya tu? Tak tahu hukum hakam ke?

Legging. Menatang jadah ape legging ni. Dah macam ayam togel dah aku tengok. Orang cina pun jarang pakai tahu. sebab dorang pakai hot pants terus... cisss, lagi tergugat iman tengok amoi2 ni.... yang paling tak boleh terima sekali bila, si pemakai legging tu datang jalan2 dengan keluarga. Dengan baby kecik dalam stroller dan suami dia jalan sekali. Kalau yang pakai tu tak kahwin lagi tak apa la jugak, dosa kasi sendiri tanggung. Tapi yang dah kahwin tu.. Naya abis suami dia. Suami bodoh namanya tu. Suami apa macam ni? Dayum!

Tu namanya dayus. Elok sangatlah tu, dayum with dayus. Dayus tu bila seorang lelaki membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu bekerja(jika bekerja) atau di luar rumah. Tu antara ciri2 dayus. Untuk yang dah jadi daddy aka bapaks tanggungan tu termasuk dengan anak perempuan sekali. Tugas suami sepatutnya menyuruh isterinya menjaga maruahnya yakni dilarangnya berlegging. Tapi bila si suami sendiri tak ambil kisah, ianya ibarat suami melacurkan isterinya di khalayak ramai, secara percuma. Free show tu. Sepatutnya suami menyuruh isterinya manjaga batas demi manjaga maruah, tapi suami dok pergi bangga isteri tayang apa bagai di khalayak ramai. Pelik, tak ada perasaan cemburu ke suami bila mata2 memandang isteri dia. Suami yang baik ialah suami yang ada perasaan cemburu. Betul, nabi sendiri cakap. Nak hurai pasal dayus satu keje lagi. Google sendiri lah kamu. enuff, Ramadan rage tamat...kot

"Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan."

Itulah tugas sebenar seorang suami atau ayah, menjaga permata itu sebaik baiknya. Tapi dalam banyak2 aweks, awek ni yang paling aku suka pakai legging.

Damia!

ok, mahu rehat2 plop, nak kena bawak pergi Pilah pulak nak uruskan cuti bersalin. ciao

No comments:

Post a Comment