Monday, August 1, 2011

Edisi Ramadan: Tahukah anda?

Tahukah anda?
Di Negeri Sembilan masyarakatnya menyambut kedatangan Ramadan dengan Mantai, iaitu menyembelih lembu atau kerbau dan memasak lemang seminggu sebelum berpuasa hinggalah hari berpuasa.

Tahukah anda?
Jejak Rasul dan Bazaar Ramadan@TV3 adalah antara rancangan yang aku tunggu tunggu dalam bulan Ramadan ini selain daripada rancangan memasak seperti ketuk ketuk Ramadan dan Riang Ria Raya.

Tahukah anda?
Penyimpan Mohor Besar, Raja Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, telah bersara pada Januari yang lalu setelah bertugas selama 22 tahun dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.


Sape tak kenal mamat femes ni lempang diri sendiri laju laju. Aku kenal dia semenjak aku kenal tv lagi.

Ni la penggantinya. pakai skirt belah u!

Tahukah anda?
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui umat Islam dan ianya pada bulan Ramadan.

Tahukah anda?
Bulan Ramadan sebenarnya menuntut umat Islam mendekatkan diri dengan Tuhan dan mengajar kita bersederhana dalam segala hal, bukannya berbuka kat hotel apa bagai dengan harga mencecah RM80 per pax!

Tahukah anda?
Saya berasa sungguh terharu melihat tv3 menyelitkan Kalamullah dalam rancangan mereka
walaupun saya antara orang yang selalu mengeji mereka.

Tahukah anda?
Dataran Senawang di Negeri Sembilan sangat terkenal dengan jualan barangan persiapan Raya ala ala Wakaf Che Yeh di negeri Kelantan.

Tahukah anda?
Daerah Rembau dan seangkatan dengannya selalu mengalami masalah gangguan air
sehinggakan pada dua tahun yang lepas aku sambut raya dengan tak mandi sampailah petang. Bagaimanapun tahun ini dikhabarkan ianya tidak akan berulang dengan wujudnya empangan baru. harap harap tak la...

Tahukah anda?
Aku bermimpi KFC pagi tadi. Pemilik KFC tu tanya soalan,
"Cuba teka apa nama bahagian ayam ni." aku pun jawab dengan bangga... "monggeng" dan hadiahnya 3 set hidangan KFC. Kurang asamm punya mimpi..

Tahukah anda?
Sebelum aku bermimpi KFC aku tak lena tidur sebab excited punya pasal nak bersahur. Last2 pukul 7.30 pagi baru tidur. Dan aku bangun dari mimpi pukul 12.30 tngh hari. syaiton ni rojim.. syaiton ni rojim... patutla mimpi bukan2.

Tahukah anda?
Sebentar tadi saya telah terbodohkan dan terbangangkan seorang pemandu yang tidah berhemah di jalan raya. Dugaan puasa di hari pertama mungkin. astagha...

Tahukah anda?
Bulan puasa merupakan bulan untuk para perokok mananamkan azam untuk berhenti merokok. Contoh yang paling terdekat, ayah aku yang berhenti merokok bulan puasa 5 tahun yang lepas setelah merokok lebih dari 20 tahun!

Tahukah anda?
Kentut tidak membatalkan puasa. Aku masa kecik dulu punyalah bangang ingat kentut boleh batalkan puasa jadi aku tahan kentut dari sahur sampailah berbuka! grrr...

Tahukah anda?
Para peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar bandar boleh mencapai keuntungan sehingga RM20 000 sebulan! wadehel! aku pun nak berniaga la kalau macam ni.

Tahukah anda?
Bulan Ramadan juga dijadikan pesta makan oleh sesetengah orang hingga menyebabkan pembaziran di mana ianya sendiri bertentangan dengan konsep puasa itu sendiri.

Tahukah anda?
Syarikat pembuat pewarna dan perasa seperti Star Brand mula memainkan femes anthem nya di tv; "ros, pandan, vanilla, mangga, limau, epal, kuning telur, hijau epal, cochyneal, coklat oren, biru tulen... dan juga merah". aku hafal kot lagu ni.



Tahukah anda?
Selain syarikat pewarna dan perasa, syarikat tepung naik sendiri dan minyak wangi juga giat mempromosikan barangan mereka di kaca tv seperti Tepung Blue Key dan One drop Perfume.

Tahukah anda....
Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna. Ramadan menuntut umat Islam supaya mendekatkan diri dengan Allah Maha Besar. Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Supaya kita mengenali erti penat lelah di dunia dan bersyukur ke atas setiap kurnianNya. Puasa juga membantu manusia menanamkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Maka, puasa menjadikan seseorang itu lebih baik dan bertaqwa.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah: 183)

like la kalau sudi :)

17 comments:

  1. enjoy gile bce..hoho
    really interesting! :)

    ReplyDelete
  2. menarik entry ni.. semoga ramadhan kali ini lebih diberkati.. @~@

    ReplyDelete
  3. "tahukah anda" varsi pengalaman sendiri yer...

    interesting!! =)

    ReplyDelete
  4. hahaha...best baca entri ni.part yang paling best adalah versi menahan kentut...wakakakakaa!!!

    ReplyDelete
  5. kecik2 sy ni kurang pintar ckit.. hehe XD

    ReplyDelete
  6. suke r entry nie..haha..mesti wat research nie :)

    p/s : orang n9 ea?? haha

    ReplyDelete
  7. tenkiu2 :) sy bkn org nogori pun, hehe

    ReplyDelete
  8. panjang gilOo entry..
    aku pun xtau nk komen yg mane satu..
    hahahha..
    mmg ngeng r.. kontut batal poSo..
    boleyh ramai mampus ngan muko biru..
    (tahan kontut nyo pasal)

    ReplyDelete
  9. Dan tahu kah anda...
    Saya telah membaca entri nie...
    hahaha

    ReplyDelete
  10. panjang sngt ke?
    bagus2, bacalah sampai muntah darah. hehe

    ReplyDelete