oh, mau kongsi satu benda hari ni. kongsi, kongsi. lu langsi, lu mati. Satu software yang diberi nama Hotspot Shield. komen aku; wow, gorjes, beautiful my girl, in the cube, cantiknya, gila la, *drooling*, Hana Tajima, hot, irresistible, cool, Fatin Liyana, durian!
Software yang bagus untuk menentang habis habisan si durjana SKMM. huh. kesian pulak SKMM kena sumpah je hari2. Bukan salah dorang pon sebenarnya. Salah pengguna yang salah guna dan kerajaan terpaksa block website2 perkongsian fail. Mangsanya ialah orang yang tak bersalah macam aku yang baru nak belajar download mendownload ni. Nasib baik sempat download habis Chuck season4^^. Dan kepada anda2, jangan salah gunakan software ni pulak ye, tak pasal2 aku dapat dosa free. Takpe, sape yang buat naya ngan software ni maka tiada keberkatan baginya :P ambik kau [link] ni.
Tapi pendonlod tegar mesti ada cara yang lagi senang or software yang lagi mantopp dari software ni kan. ape lagi, sharing is caring. i love u, u love me. we are happy family^^. tolong tinggalkan link kalau ada sofware lagi best eh, eh, eh *merayu ni*
okayy. Apakah halangan untuk aku post untuk sekian lama sedangkan aku hanya duduk di rumah goyang kaki sambil menonton tv dan menggosok gosok perut sambil bergelak ketawa dan mengorek hidung! *cuba imagine*
Bersih :) Isu dah tak hot, tapi rasa janggal pulak kalau tak sentuh pasal benda ni kan. Tak kisah la anda sokong yang mana. Tapi sedih aku tengok orang sesama Bangsa sesama Agama bertikam lidah pasal isu ni. Terus terang, aku sokong Bersih. Kalau buka FB, macam2 status yang keluar seminggu dua minggu lepas. Ada yang mencarut, maki hamun, macam2 lagi la. Sedih, serius sedih. Kalau aku nampak status2 yang berbaur Bersih, benda yang paling aku berani buat pun setakat baca sahaja ataupun 'like' kalau ada poin2 yang munasabah. Tapi komen2 kat bawah konpem ada yang kutuk mengutuk la, caci maki, macam2 lah. Aku nak komen takut. Ilmu tak banyak, tak berani nak lawan pembangkang Bersih ni. Serius aku takut.
Okay, mood serius. Bersih ni tujuan dia hanya untuk menuntut pilihanraya yang adil, atau dengan lebih tepat ada 8 tuntutan. okay, pegi study murid2. Bukan bertujuan menyokong si Ambiga yang tolong Lina Joy murtad atau sokong Anwar dengan kes liwat dia tu. Cuma menuntut pilihanraya yang adil. Sedih bila ada penyokong kerajaan yang membuta tuli kata penyokong bersih ni jadi hamba Ambiga la. Jadi pak turut la. macam2 caci maki. Pasal Ambiga tu, pi mampus dia la nak sokong bersih ke tak. Aku tak kisah pun. Pasal kes Lina Joy pulak memang takde kaitan langsung dengan Bersih ni. Dah terang terangan Lina Joy anak pak imam tu yang nak murtad, si Ambiga yang terang terangan non muslim ni pun tolong la. Dia bukan muslim pun kita nak marah2. kalau nak marah, pi bunuh je la Lina Joy yg murtad tu. Tak masuk pasal IFC lagi. pening2. Dua2 nya isu yang lebih kurang. Tapi digunakan poin2 tersebut utk membantah Bersih. pegi la study pasal IFC tu sendiri murid2. Malas cikgu nak bagitau. semput cikgu tauu... ahhhhh~ semputtt...
Ok, serius kembali. Nak tanya soalan sikit, anda puas hati ke dengan pemerintahan kerajaan sekarang? Anda gembira? Anda berasa seronok? Ya, andalah yang kami pilih. Kalau rasa nak sesuatu yang baru semuanya di tangan anda. kata demokrasi. Pilihanraya ni anda tentukanlah sendiri bagaimana kerajaan yang anda sendiri bentuk melalui demokrasi ni. Di mana2 pergi, demokrasi dilaungkan. Kalau sape pergi bersih hari tu, reformasi yang dijeritkan. Sape yang duduk rumah time Bersih hari tu sambil goyang kaki penakut nak turun padang sambil duduk depan laptop layan youtube dengan menaip 'Bersih' pun dapat dengar laungan Reformasi. Aku la yg duduk depan laptop tu. Tahukah anda bersih itu haram. tu kata Pak Najib kita.
Maka setelah dikatakan haram. Kerajaan pusat ataupun BN pun mengerahkan polis2 untuk menjalankan 'tugas' membanteras Bersih daripada berlaku. Sape mangsa? Polis jugak yang kena buat kerja. Tapi sesetengah penyokong Bersih sendiri pun ada dalam kalangan mereka yang menghentam kromo menyalahkan polis. kemudian satu persatu tohmahan hinaan terhadap polis dikeluarkan. Percayalah, bukan semua polis baik, dan bukan semua polis jahat. Siapalah kita nak menghina mereka yang hanya jadi boneka kerajaan pusat. Kalau tanya mereka sendiri, mereka pun tak nak turun kerja. Kerja hari ni pukul 4 pagi. Esok pukul 4 petang. Terpaksa buat roadblock sana sini atas arahan orang atasan. Yang bekerja ni orang bawahan je. Orang atas sana tu hah yang bagi arahan.
Tapi perlukah kita menghina semua polis. Ya, saya anak polis. Aku sendiri tengok ayah aku kerja pagi petang siang malam tak putus2 sebab Bersih ni. Roadblock sana sini. Kesian pun ada. Bila aku bukak FB ada pulak penyokong2 bersih ni yang maki hamun polis. Bodoh la. Itu la. Ini la. Sensitiviti terhadap masyarakat dah kurang. Cuba orang2 yang macam aku ni baca, anak2 polis, tak ke sedih tengok bapak ko kena hina. Percayalah, ada sebahagian polis yang memang nak sangat join bersih ni. Dan pasal polis baik, polis jahat tu memang tak dapat dinafikan lagi. Bukan polis je sebenarnya. Sektor2 lain pun lebih kurang je, cuma polis ni lagi banyak berinteraksi dng orang awam. Serius memang banyak polis yang tak guna, tak habis2 mintak suap. Aku pernah kerja kat satu tempat ni. Semua pekerja dia endon. Banyak dah aku dengar cite2 pasal polis mintak suap ni. Duit rokok la. Duit kopi la. Selalunya mat2 endon ni cakap kat aku kena pau dalam 10, 20 ringgit. dorang pun dah paham sangat dengan polis kita ni. Bukan semua boleh pakai. haprak. Tapi, bukan semua jahat. percayalah, kalau bapak aku jahat takdenya aku ada kesedaran nak post panjang2 macam ni nak kau baca. heh, *tetibe* Poin aku, kita fokus kepada Bersih sahaja sudah cukup. Yang part2 polis rasuah, polis ganas, polis rompak rumah saya, polis rogol anak saya tu ketepikan seketika. Polis pun manusia jugak, ada buat salah. kita fokuskan kepada bersih je la tuan puan penyokong bersih sekalian.
Mari kita rungkaikan dengan bantuan youtube pulak. Sape yg ada tengok video "polis kata jalan. Jalan!" tu cuba pandang dari sudut polis tu sendiri. Dia dah la terima arahan dari orang atasan suruh jaga perhimpunan ni. Dia marah, dia pun manusia jugak. Tension kot. pasal sembur air dengan baling gas pemedih mata tu plak. Cuba fikir, dorang main sembur main baling tu suka2 ke? mestilah dorang terima arahan. Arahan dari siapa,? dari ketua unit dorang la. ketua pulak terima arahan dari siapa, orang atasan la, orang atasan plak terima arahan dari siapa, orang atasan atasan atasan sampailah yang teratas. Tapi yang kena kerja yang kena maki hamun orang bawahan jugak. Kesian aku rasa. oh, sape orang atasan tu. Bukan nak tuduh. Tapi orang polis mengikut arahan kerajaan pusat. Sape yg tadbir kerajaan pusat? Nik Aziz ke? Ambiga si penyokong murtad ke? Rosyam Nor ke? lu pikir lah sendiri. Kesian kat hospital tung shin yang kena sembur air tu. Ape ke bangang pergi sembur air kat hospital. Tahulah penyokong2 Bersih berkumpul kat situ tapi kalu ye pun takut sangat ngan Reformasi yang dijerit jeritkan oleh Bersih janganlah sampai hospital menjadi mangsa. Sape salah, polis jugak yang salah^^
satu lagi video, tengok dulu kat sini. Pak samad kena tahan ngn polis tak bagi masuk istana time nak hantar petition. Kejadahnye BN ni, macam pariah dah. kejap boleh, kejap tak boleh. Tak guna punya polis, yg ko tak bagi tu apesal. Arahan. oh arahan. Sape yg bagi arahan? "orang atasan"? sape yang kena maki hamun? orang bawahan...pffttt..
Dari pandangan Islam itu sendiri, demonstrasi secara aman itu adalah harus tertakhluk kepada terma dan syarat^^ untuk maklumat lebih lanjut boleh baca sendiri hasil persetujuan imam muda Asyraf and co. Macam2 respon dari peyokong mahupun pembangkang perhimpunan ni. Aku ada bersembang dengan sorang dua pemuda yang cukup berani pergi ke perhimpunan bersih ni. Dia sendiri cakap, penganjur dah ingatkan, jangan buat apa2 yang tak patut sperti provokasi. dan kalau ada orang yang berbuat demikian jauhi dari kumpulan tersebut. Dan kalau nak tahu, perhimpunan ni memang aman. Ia sekadar demonstrasi aman sahaja tanpa provokasi dari penyokong. Tapi malangnya, pihak polis yang selalunya buat hal dulu, kemudian ada pulak barwa dalam selimut. Tu baru jadi tak berapa nak aman tu. Sape salah polis jugak..^^
Terserah pada diri sendiri, masing2 dikurniakan akal untuk berfikir. Perbuatan menyindir, menghina, mencaci maki, memaki hamun tu lah yang memecah belahkan kita sebenarnya. Abang ipar saya ada menyarankan dalam fb dia bacalah majalah Solusi isu 33.
Aku sendiri dah baca dekat separuh. Memang sesuai sangat dibaca oleh pihak yang menyokong kerajaan, pembangkang, mahupun yang bersikap neutral dan yang tak ambil tahu.
Konklusinya disini, kita sebagai umat islam, bangsa Melayu, janganlah disebabkan fahaman yang berbeza memusuhi sesama kita. Seelok eloknya perbezaan fahaman ni di perdebatkan dengan sesuatu yang berilmiah daripada kita menyindir, menghina dan melangsikan antara satu sama lainnya dan seterusnya tercetus permusuhan. Perpaduan boleh dicipta dengan cinta. Cintalah kepada Tuhan kamu, nescaya akan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Contoh yang boleh diambil disini ialah, perbezaan Mazhab dalam islam itu sendiri. Dan jangan taksub sangat dengan sesuatu perkara. Cuba cari pokok pangkalnya. Taksub sangat ni yang bahaya ni. Bila kita taksub, mata kita dikaburi. Kabur dengan ketaksuban kita yang menyebabkan kita tidak boleh atau tidak mahu melihat kebenaran. Tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Pendapat orang lain dibidas dengan sindiran, cacian dan bermacam mcam lagi. Jangan sesekali anda taksub.Bahaya. Tentang pemerintahan di Malaysia pulak. Terserah pada anda, anda yang mahukan demokrasi. Pada masa ini pun , saya sendiri pun mahukan demokrasi. Tapi kenyataannya sistem demokrasi di memang banyak cacat celanya. Anda baca disini. Demokrasi memang satu sistem yang bagus sebenarnya. Bagus untuk orang yang betul2 jujur. Untuk parti yang betul2 mahu membantu rakyat. Untuk pemerintah yang mahukan negaranya maju. Tapi dengan sikap manusia pada masa kini, saya kurang yakin dengan demokrasi untuk masa yang panjang. Kalau zaman2 nabi buat sistem demokrasi mungkin boleh berjaya dengan sikap dan sifat sahabat2 baginda yang mahmudah, memang demokrasi satu kejayaan. Manusia zaman sekarang...hmmm, tau2 je la.. Tapi sedangkan, nabi sendiri menggunakan sistem yang paling mudah, musyawarah. Masih relevankah demokrasi di negara kita? susah nak dirungkaikan sebenarnya, dengan ilmu saya yang cetek ni. Dengan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, dan banyak faktor2 lain. Tapi harus diingatkan, bahawa Islam itu meluas. Semua skop aspek kehidupan kita mestilah berlandaskan Islam. Hingga kepada sistem pemerintahan itu sendiri sepatutnya. Tugas siapa untuk mengubahnya,? tugas anda2, kerana saya tak cukup umur nak mengundi. next year baru boleh. Melalui apa? demokrasi... sistem dari barat yang ditiru dan diubah Malaysia... ironi sungguh.
mintak maap, susun jari sepuluh, tak cukup gua susun jari kaki sekali, mintak ampun mintak maap, kalau ada tersalah bahasa, terkasar bahasa, tersentuh mana2 individu yg berkenaan. Mintak ampun ye, saya pun manusia biasa. fuhh lega dapat lepas semua...
berita terbaru.. melampau sungguh.
pasal polis tu, kesian kau.
ReplyDeletesbr2 ye.
xpe da biasa da.. haha
ReplyDelete