Saturday, August 6, 2011

Binatang sosial biru.

Nate mu. Menatang burung warna biru ataupun twitter. Woah :D
dah lama dah sign up tapi baru nak explore. Twitter ni guna kalau nak bersosial secara simple dan mudah. sama je la kan. nate mu!

Baru aku tahu kenapa ramai orang2 feymes guna twitter kan. Gila jakun aku ni kan. Pak NajiBulghunnah pun pakai twitter nak bagi tiket bola ye dakk takkan aku sebagai rakyat yang taat kepadanya tak nak ikut jejak langkah dia. taat la sangat...

Twitter tak kesah sangat sape nak follow ke tak nak follow ke. Orang apa kisah. Aku mula aktif ni bila sepupu aku deactivate FB dia, entah macam mana pelik aku minah mesir mana follow aku ni, rupa rupanya Nabila my only same2 umur sepupu daaa... Lagipun dapat follow artis2 malaysia ni, aku paling suka ayat2 dari Wardina, bagus orangnya, untung suami dia. Imam muda asyraf pun best kot! walaupun aku tak layan imam muda. Lawak rupanya ustaz asyraf ni. Dapat jugak tahu aktiviti2 tak guna yang artis2 lain buat dan bermacam macam lagilah!

Tapi kalau FB ramai main add orang lain macam orang gila, padahal bukan kenal pun. Takde keje gamaknye. Alasan nak tambah kenalan apa bagai. Ada yang friend sampai 5k! gilo apo, kalau kau artis ke kau orang bisnes ke tak apa la jugak, boleh paham. Kan FB ni 'lombong emas' macam2 bisnes ada beb, ko logout je dapat duit. dpt la sangat..pffttt.. Lagi pun kalau add orang yang tak kenal tapi buat buat kenal ni risiko tinggi, risiko menyemakkan notification, paling teruk risiko kena hack dan kena virus. Kalau kena hack, seksanya hanya Tuhan yang tahu, lagi2 mat2 endon hack. wadefish,

Tak kisah la, kepuasan masing2 kan. Aku main FB pun sbb nak simpan-dalam-sentuh, keep in touch, dengan kawan2 lama. Aku kan suka pindah2 sekolah, sejak dari sekolah rendah sampai menengah dah 6 sekolah aku pergi. Mana taknye, dah asyik pindah je. Ni rasa nak nyanyi lagu Amalina 'asyik, asyik, asyik' ni. lagu tu sedap tahu?

Tapi aku add kawan lama pun bukan aku tegur sangat pun, just nak tahu perkembangan masing2 kan, mana la tau nanti aku balik Perak nanti jumpa balik ngan kawan2 lama kan. Mana la tahu jodoh dengan orang Perak kan? kan? kan? kan? pertama Perak, kedua Kelantan, ketiga N. Sembilan keempat Melaka..cukup kuota, huahuahua.. gurau je yang :))

Dengan twitter juga saya telah berjumpa dengan jodoh saya. hmm, hmm, nak umumkan eksklusif kat sini... Fatin Suhana, fatin suhana, fatin suhana... dah official jugak akhirnya, hell yeah bebeh.


cover mags dara lagi, meoww meoww. i harap, takde orang ganggu kita lagi kan, kan, kan, kan

asalnya hanya bertegur sapa je,



bla bla bla, kemudian, kami terlanjur cinta, ops, sorry..



har har har, ok fine, bulan puasa tak baik tipu.

yg sebenarnya,


tapi at least dia reply! dah berpunya rupanya ;(( sampai hati bagi harapan pelesu kat aku, grrr, gigit kang baru tau! tapi orang hot memang jarang single kan, tak caye tanya Khairul Fahmi Che Mat la, har har har

nak salahkan sape ni putus tunang? Hanya Tuhan yang tahu.

(gurau2 je eh peminat2 fatin suhana)

Kesimpulannya, twitter ni kalau nakkan sosial network yang ringan2 boleh la. interface yang tak serabut. Ringan2 ye. Kalau nak berat2 mainlah FB. Kalau terdesak sangat nak 'berkawan' pergi la buat akaun baru balik kat friendster ke myspace ke. Tu la kau, dulu ada kau pergi delete sebab dah ada FB, kan sekarang dah lonely. douche..

p/s: imam terawih tadi menangis baca doa, terkesima seketika. Tapi orang sekarang ni menangis bila pelajar AF kena undi keluar je..... nate mu!

eh, baru aku perasan, orang nama fatin ni kiut2 orangnye ekk..

5 comments:

  1. fall in love dengan dia ke.
    usaha2. haha

    ReplyDelete
  2. haha...bwat gempak je ek...tp still xphm dgn twitter lagii~
    btw, xknal pun faten nh...

    ReplyDelete
  3. alahai..hahaha. tapi berbaloi gak sebab dia reply..hehe

    ReplyDelete
  4. fatin suhana tak femes sangat pun. dia ada blog dia. tp suka dia sebab dia tak tergedik gedik mcm vlogger lain kan. x tau la kat luar dia gedik2 plak kan, hehe

    ReplyDelete