Friday, December 17, 2010

Blog perempuan.

Wooohhh...penattttt...baru balik kursus etika kat Terengganu. Seminggu berkampung kat sana. tapi serius berbaloi baloi. Seronok sangat la shoottt ! malas nak citer panjang2. sebab ada org cakap blog aku macam blog perempuan. X heran pon. Dia ckp, "mcm blog perempuan..eeeee". hahahaha.. tapi kalu tngk mmng mcm perempuan pun. Xpe2, muka biar ganas, tapi dalam hati tetap ada taman. ok, penat. Ciaoooo.......

Thursday, December 9, 2010

3 minggu.

Itu je la masa cuti aku. Nak balik UMK arini. Tiket malam, smpai kelantan terchenta esok pagi. Bye2 rumah, bye2 N9. Tunggu saya Kelantan. Seronok+malas+takut+. macam2 hal nak settle kat UMK nnt. Doakan saya yg terbaik. hmmm... ;((


SERONOK + MALAS + TAKUT + NERVOUS

wtf.

Wednesday, December 8, 2010

Salah semua.

Kesian sangat kat arwah. Adik aminulrasyid. Arwah mati ditembak semasa memandu lari daripada polis. Arwah lintas kereta polis. Polis kejar. Tiba2 tembak. WTH. Banyak sangat persoalan. Kenapa arwah keluar malam2 buta? hmmm... Boleh rujuk kenyataan kawan arwah ni...
Salah siapa? Polis ke ? Arwah ke? Ibu bapa arwah ke?

Salah semua.

As parents, they should know where their child going. With who and bla bla bla. Tapi kenapa arwah boleh lepas keluar malam. Naik kereta lagi tu. At this point I blame their parents.

Tak berniat nak memburukkan arwah, tapi menurut kenyataan kawan arwah tu pun dah terang terangan salah budak2 tu. hmmm.

Polis. Salah polis. bertindak secara tidak rasional dan profesional. Bodoh la senang citer. Bertindak secara bodoh. tiba2 je nak tembak. Alasan dia tembak sebab nak tangkap penjenayah, yakni suspek rompakan. Setahu aku polis lepaskan tembakan kat orang atas dua alasan je, nak tumpaskan penjenayah dan mempertahankan diri. Dia anggap arwah tu penjenayah.
What a moron.Bloody fool.

Dalam semua kesalahan2 kat atas ni, ternyata kesalahan polis tu yg paling besar, sebab melibatkan nyawa.

Tapi kalau parents dia awasi dia mesti tak jadi semua ni.
Kalau parents dia tahu dia kawan dgn bdk2 tak elok mesti semua ni dpt dielakkan.
Kalau dia x kawan dgn bdk2 nakal msti x jadi mcm ni.
Kalau dia tak keluar tengah malam tu mesti tak jadi mcm ni.
Kalau aku teruskan dgn kalau kalau aku ni mesti aku bukan Islam. ^^

Tak perlu cari salah siapa. yang penting ambil iktibar dari kejadian ni. Ada hikmahnya benda ni berlaku.

Everything happen for a reason.

Hikmahnya, ibu bapa perlulah sentiasa memantau anak. Jangan longgar sangat. Pantau dia keluar ke mana, tujuan dia, dgn sape. Sebagai anak pun, kalau nak buat sesuatu tu selalu la ingat parents ek. cian kat mak ayah. Jangan buat benda bodoh dan membahayakan diri. pilih kawan tu biarlah yg elok2. Sebagai kawan, dah kau tu sesat jgnla nak menyesatkan kwn2..kesian kat kawan.

Tapi tak habis lagi kes ni. Tiba2 laporan polis cakap jumpa parang kat belakang bonet arwah. hmmm..

Pada pendapat aku la, ni mesti pihak atasan polis nak cover anak buah la ni. Kenapa? sebab nanti PDRM disalah anggap. dipandang serong. WTH. Bukan semua polis baik, dan bukan semua polis jahat. Bukan polis je, semua manusia. manusia pun tak lari dari buat silap. Polis tu tembak dgn sengaja, tapi kalau dia tahu yg dia kejar tu bukan penjenayah mesti dia tak tembak kan? huh. Semua orang buat silap. tapi x perlula cover kesalahan. Salah tetap salah. Benar tetap benar. Kesian budak tu, keluar paper mcm2 cerita yg keluar. Arwah ni penjenayah la, penyamun la dan mcm2 lagi. Keluarga dia yg terima kesan.

Sudah sudahlah...