Tuesday, September 6, 2011

Raya la sangat kan.


Raya pertama seperti biasa, ayah standby kerja. Tak raya kat kampung Melaka dah semenjak nek meninggal. Teringat masak pati santan arwah nek. Kalau balik Melaka pagi raya wajib makan masak pati santan ni. Melaka style. Dia macam masak lontong tapi tak ada tempe dan dah siap campur sambal. huh, sedap kot. Aku suruh mak aku masak, sedap la jugak, tapi macam ada benda yang tak cukup. Air tangan lain2 kan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Juga atuk. Ayah aku dah tak ada mak dan ayah.

Yang tambah tak bestnye lagi tahun ni pagi raya aku ngan adik aku je ada. Yang tiga ekor lagi tak balik. Dua orang raya dengan tok laki masing2, yang lagi satu raya kat tempat kerja. wadehel la. jadi aku la yang lead untuk salam bersalaman mintak maaf di pagi raya. Rasa janggal. Tapi kena buat jugak sebab nak duit raya. Berbaloi baloi.

Raya pertama keluarga abang ipar aku datang. Abang ipar yang 2nd. Macam biasa, aku duduk luar sekejap je. Dah bosan2 aku masuk bilik. Lepas tu keluar balik. Pastu masuk balik. Saya kan pemalu. Entah la, da tabiat dari kecik kalau ada tetamu je mesti aku banyak lepak dalam bilik je. douche.

Yang bestnye adik beradik abang ipar aku tu banyak mulut, sesuai la dengan aku yang tak banyak cakap ni. Aku ni bukan jenis 'initiator' lebih kepada 'catalyst'. damn shit catalyst. Yang lagi bestnye dorang ajak main pes. Aku ni dah macam jakun gila dah lama tak main dengan manusia, asyik lawan computer je. 1st match kalah sebab joystick cegampang dan 2nd match menang sebab sorang lagi tu, Fizi, noob sikit. Tak boleh blah, orang datang rumah beraya, tapi ni datang rumah main game. cool.

Petang raya, bila tetamu mengundurkan diri. Bermulalah rancangan keluarga. Family aku ni pelik sikit. Orang lain hari raya pergi melawat saudara mara, tapi family aku gi Jusco. Dah dua tahun berturut turut dah aku rasa beraya kat JJ ni. Dah nama pun raya pertama, yang banyak kat JJ tu orang cina je. Dalam 90%. Aku pakai baju melayu je. Time ni le nak pakai baju melayu masuk JJ ye dakk. itu je lah, raya pertama aku macam hell tak berapa best kan.

Raya kedua ni macam havoc la sikit. Saudara belah mak datang. Ramai gila. Dah la ramai, gila pulak tu. dalam 4-5 kereta jugak la. Rumah aku ni kecik je. Biasa ler, rumah kerajaan je yang mampu. Best dapat jumpa semua adik beradik mak, errr sebenarnya best dapat duit raya banyak. Family belah mak ni best sebab, duit raya wajib dapat walaupun tak pergi beraya. Macam tahun lepas diorang kirim ikut kakak aku yang kerja kat KL je. Lepas tu siap tulis nama kat sampul tak boleh blah tu. Itu la antara sebab aku suka raya, poket gerenti penuh. Mostly saudara belah mak ni duduk KL je, area greenwood, Sri Gombak termasuklah Mak Wan ngan Atuk, nenek n atuk aku. Kecuali Ayah Chik yang duduk kat Penang n mak Long yang setia dengan Kelantan n lastly Ayah Ngah duduk kat mmm, tak ingat la plop, dah dia asyik pindah randah je, dia polis. Oh ye, semua adik beradik mak aku 7 orang sekarang ni, percaya tak asalnya 20 orang? banyak sangat tragedi.

Kalau dulu family aku duduk Perak jauh, mak wan tak selalu datang. Tahun ni hampir semua adik beradik mak balik beraya kat Gombak kecuali mak. Jadi raya kedua semua serbu rumah aku la. Tapi bukan semua ada. Ayah Long balik Kelantan pagi raya kedua. dah besar dah sepupu2 aku ni. Yang lelaki semua dah suara garau, macam cakap dengan t-rex je bila cakap ngan diorang. Yang perempuan ada yang tinggi lagi tinggi dari aku, aku rasa. Dalam 174cm kot tinggi dia. Perempuan 174cm? Respek2. Dapat jumpa nabila jugak, sepupu yang sama umur dengan aku. Tapi sekarang dia study kat Egypt so tak selalu boleh jumpa dah. Malas nak cerita pasal family belah mak aku ni banyak sangat kisah menarik. Anak Ayah Ngah cute gilbabs. Dia kahwin dengan cina, tu yang anak comel gilak tu. Yang tak bestnye, semua cakap aku dah tembam. fuk. oh ye, mereka memang betul, 11 kilo dalam 4 bulan. Tapi bukan rekod yang baru aku rasa. Aku pernah naik lebih dari sekarang ni. Tak kisah la. eh, aku kesahh.

Bila dah petang sikit, semua pun angkat kaki. Berakhirlah raya kedua yang besh, sebab poket penuh. Raya ketiga, family abang ipar yang 1st datang. Tak berapa kenal sangat pun. Raya keempat, balik Melaka. Best, banyak gi raya rumah sedara mara walaupun tak berapa kenal. Ayah banyak sangat adik beradik. berpuluh puluh jugaklah adik beradik ayah sebab arwah nek dengan arwah atuk kahwin banyak. Atuk kahwin 3, nek kahwin 2 kalu tak silap. Harap2 mewarisi legasi arwah atuk, ye dakk. Malas nak cerita banyak. Penat.



Sebab, raya kelima saya di KELANTAN :)

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


notakepala: sila tekan butang play di video bawah ni sebelum anda scroll terlebih dahulu.





Zee Avi punya cover Selamat Hari Raya yang superb. Salah satu fevret singer yang macam hell berbakat. Ni baru muzik. Bukannya sampah. Nice bass and guitar. Simple is always better. Well played. The toy piano sounds awesome. Mula2 ingatkan electronic keyboard instrument xylophone. Tapi bila googling mana ada keyboard pakai xylophone instrument, bangang apa aku ni. heh, nerd. Rupa2 nya toy piano sahaja. Kan aku dah cakap, simple itu better.

Di kesempatan ini, nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua. Halalkan makan minum kalau ada, gerenti ada. Baju seluar boxer kalau ada, ni tak berapa nak sure ada ke tak. Susun sepuluh jari minta ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki buat semua. Andai ada terkasar bahasa maafkanlah. saya ini manusia biasa sahaja.. ye dakk?

sekali lagi,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari Syafiq dan Isteri isteri dan Anak anak.

Sunday, August 21, 2011

That man.

every men's little dream.
to be a perfect, good father.



but nobody's perfect, eh.

teringat lagu that man la plop ^^

Saturday, August 13, 2011

London riot: Asyraf Haziq.

Malaysian student got mugged in London riot. He's been there only a month for pursuing his study.




poor him.




his story made headlines all over the world. Canada, Japan, US bla bla bla
The Guardian, Daily Mail, BBC, CNN bla bla bla

even David Cameron made comment bout him.

and after all, he still felt "great" about Britain.
He was due to undergo surgery for a broken jaw after felt from his bike(pushed by the young Brit scumbags).
in the process, he's losing his PSP, stolen or broke or something and guess what, Sony willing to give him a new one!

well gotta say, LUCKY LAD! errrr.. with broken jaw...

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan rage.

Bermulanya hari Selasa di bulan yang mulia hari ini memang menguji keimanan. Tergugat la sikit keimanan ni... sikit je... kot

Seperti biasa bangun sahur makan, bla, bla, bla, subuh, bla, bla,bla on9 jap, bla,bla,bla.. sambung tidur balik *peace* kemudian dalam pukul 11 pagi tu bangun siap2 mandi2 manda2 nak bawak kakak2 aku pergi membeli belah. Dah la tak puasa, sibuk nak raya. apekehel

Sebenarnya nak gi beli kek bufday adik ngan beli barang baby je kat Senawang. Tapi dah alang2 sampai mereka dengan rakus suruh aku parking kat Giant. Dorang nak tengok2 barang kat Dataran Senawang. Dataran Senawang, alaa... yang ala ala Wakaf Che Yeh tu. tapi aku pun nak cari barang aku jugak sikit2, kopiah or songkok dan kain pelikat multi-purpose. kamu tak tahu apa itu kain pelikat multi-purpose. mari aku ajarin..

pertama sekali, ianya secara zahirnya ialah kain pelikat dan berfungsi sebagai kain pelikat. dah nama pun kain pelikat!

kedua, boleh dijadikan samping,

gila cun kot. x payah nak beli samping kan. aku tak pernah beli samping selain samping2 rasmi sekolah. gilak pocoyo. biasa la orang susah, nak beli samping mahal2 mana mampu. gambar tepaksa dipotong kepala, sebab awek sebelah aku tu cun sangat, kalau iman kau tergugat sape susah? aku jugak..

ketiga, bole buat selempang. macam zaman P. Ramlee dulu, pendekat bujang lapok, alaa, yang macam miss world pakai ada tulis nama negara semua tu laa.. nanti mainlah model2 ngan adik perempuan ke, adik pondan ke, adik adik ke, mesti dorang suka.

keempat, bole buat lap lantai, sebagai pengganti kain buruk. pastu, kalau air takde boleh lap ngan kain plikat je...

ketiga dan keempat tu hanya gurauan semata mata. tapi yang keempat tu ada betulnya. Meh tengok demo meh.

tapi seriesly, aku tak pernah beli samping. Kopiah or songkok untuk tahun ni terpaksa beli baru la plop, berlambak kopiah kat umah aku ni. Tapi memandangkan diameter kepala yang semakin membesar disebabkan bahana rambut gila2-lebat-front-fringe aku ni saiz dah bertambah 2. dari 21 kepada 23. shoosh aku rasa gila gay rambut aku ni, tapi nasib baik majapahit-super-cool sideburn aku ada. super cool bebeh

Berbalik semula, bila dah kakak2 aku ni ajak aku pun ikut je la.. i follow.. tapi aku pelik, tak penat ke mereka2 ni berjalan je dari tadi. owhhh fuuuu, patut le, tak puasa... yang kak ila ni pun satu, dah la dalam pantang lagi, time shopping bapak semangat. takpe, i follow.. memang la tak puasa, dah abis tu dia mem-breast feed si Damia, haus katanya brest feed budak ni. kering je tekak, kata beliau lagi..

hari ni banyak belajar pasal perempuan, pasal tudung, susu ibu, baju kurung, kebarung, mengkarung. Aku saja tease kak ina suruh pakai tudung Hana Tajima. respon dia, uisshhh, tu untuk sape yang betul2 cun je, orang dah cun pakai apa pun orang kata lawa. make sense. Betul jugak kan...tapi jawapan dia mengiyakan yang dia tak cun , har har har. tarik balik kenyataan, sebab nak duit raya lebih tahun ni.

Tapi itu semuanya hanyalah introduksi untuk mengurangkan rage di bulan Ramadan kali ini. Gila geli geleman gelimat. Imej2 yang masuk dalam kepala hotak aku harini telah menyenggama otak aku. pinjam ayat obe jap.. ya mashiii

bukan sorang dua yang buat. aku rasa dekat Senawang je tadi lebih dari sepuluh. Dah takde gaya lain gamaknye? kenapa mesti gaya tu? Tak tahu hukum hakam ke?

Legging. Menatang jadah ape legging ni. Dah macam ayam togel dah aku tengok. Orang cina pun jarang pakai tahu. sebab dorang pakai hot pants terus... cisss, lagi tergugat iman tengok amoi2 ni.... yang paling tak boleh terima sekali bila, si pemakai legging tu datang jalan2 dengan keluarga. Dengan baby kecik dalam stroller dan suami dia jalan sekali. Kalau yang pakai tu tak kahwin lagi tak apa la jugak, dosa kasi sendiri tanggung. Tapi yang dah kahwin tu.. Naya abis suami dia. Suami bodoh namanya tu. Suami apa macam ni? Dayum!

Tu namanya dayus. Elok sangatlah tu, dayum with dayus. Dayus tu bila seorang lelaki membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu bekerja(jika bekerja) atau di luar rumah. Tu antara ciri2 dayus. Untuk yang dah jadi daddy aka bapaks tanggungan tu termasuk dengan anak perempuan sekali. Tugas suami sepatutnya menyuruh isterinya menjaga maruahnya yakni dilarangnya berlegging. Tapi bila si suami sendiri tak ambil kisah, ianya ibarat suami melacurkan isterinya di khalayak ramai, secara percuma. Free show tu. Sepatutnya suami menyuruh isterinya manjaga batas demi manjaga maruah, tapi suami dok pergi bangga isteri tayang apa bagai di khalayak ramai. Pelik, tak ada perasaan cemburu ke suami bila mata2 memandang isteri dia. Suami yang baik ialah suami yang ada perasaan cemburu. Betul, nabi sendiri cakap. Nak hurai pasal dayus satu keje lagi. Google sendiri lah kamu. enuff, Ramadan rage tamat...kot

"Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan."

Itulah tugas sebenar seorang suami atau ayah, menjaga permata itu sebaik baiknya. Tapi dalam banyak2 aweks, awek ni yang paling aku suka pakai legging.

Damia!

ok, mahu rehat2 plop, nak kena bawak pergi Pilah pulak nak uruskan cuti bersalin. ciao

Saturday, August 6, 2011

Binatang sosial biru.

Nate mu. Menatang burung warna biru ataupun twitter. Woah :D
dah lama dah sign up tapi baru nak explore. Twitter ni guna kalau nak bersosial secara simple dan mudah. sama je la kan. nate mu!

Baru aku tahu kenapa ramai orang2 feymes guna twitter kan. Gila jakun aku ni kan. Pak NajiBulghunnah pun pakai twitter nak bagi tiket bola ye dakk takkan aku sebagai rakyat yang taat kepadanya tak nak ikut jejak langkah dia. taat la sangat...

Twitter tak kesah sangat sape nak follow ke tak nak follow ke. Orang apa kisah. Aku mula aktif ni bila sepupu aku deactivate FB dia, entah macam mana pelik aku minah mesir mana follow aku ni, rupa rupanya Nabila my only same2 umur sepupu daaa... Lagipun dapat follow artis2 malaysia ni, aku paling suka ayat2 dari Wardina, bagus orangnya, untung suami dia. Imam muda asyraf pun best kot! walaupun aku tak layan imam muda. Lawak rupanya ustaz asyraf ni. Dapat jugak tahu aktiviti2 tak guna yang artis2 lain buat dan bermacam macam lagilah!

Tapi kalau FB ramai main add orang lain macam orang gila, padahal bukan kenal pun. Takde keje gamaknye. Alasan nak tambah kenalan apa bagai. Ada yang friend sampai 5k! gilo apo, kalau kau artis ke kau orang bisnes ke tak apa la jugak, boleh paham. Kan FB ni 'lombong emas' macam2 bisnes ada beb, ko logout je dapat duit. dpt la sangat..pffttt.. Lagi pun kalau add orang yang tak kenal tapi buat buat kenal ni risiko tinggi, risiko menyemakkan notification, paling teruk risiko kena hack dan kena virus. Kalau kena hack, seksanya hanya Tuhan yang tahu, lagi2 mat2 endon hack. wadefish,

Tak kisah la, kepuasan masing2 kan. Aku main FB pun sbb nak simpan-dalam-sentuh, keep in touch, dengan kawan2 lama. Aku kan suka pindah2 sekolah, sejak dari sekolah rendah sampai menengah dah 6 sekolah aku pergi. Mana taknye, dah asyik pindah je. Ni rasa nak nyanyi lagu Amalina 'asyik, asyik, asyik' ni. lagu tu sedap tahu?

Tapi aku add kawan lama pun bukan aku tegur sangat pun, just nak tahu perkembangan masing2 kan, mana la tau nanti aku balik Perak nanti jumpa balik ngan kawan2 lama kan. Mana la tahu jodoh dengan orang Perak kan? kan? kan? kan? pertama Perak, kedua Kelantan, ketiga N. Sembilan keempat Melaka..cukup kuota, huahuahua.. gurau je yang :))

Dengan twitter juga saya telah berjumpa dengan jodoh saya. hmm, hmm, nak umumkan eksklusif kat sini... Fatin Suhana, fatin suhana, fatin suhana... dah official jugak akhirnya, hell yeah bebeh.


cover mags dara lagi, meoww meoww. i harap, takde orang ganggu kita lagi kan, kan, kan, kan

asalnya hanya bertegur sapa je,



bla bla bla, kemudian, kami terlanjur cinta, ops, sorry..



har har har, ok fine, bulan puasa tak baik tipu.

yg sebenarnya,


tapi at least dia reply! dah berpunya rupanya ;(( sampai hati bagi harapan pelesu kat aku, grrr, gigit kang baru tau! tapi orang hot memang jarang single kan, tak caye tanya Khairul Fahmi Che Mat la, har har har

nak salahkan sape ni putus tunang? Hanya Tuhan yang tahu.

(gurau2 je eh peminat2 fatin suhana)

Kesimpulannya, twitter ni kalau nakkan sosial network yang ringan2 boleh la. interface yang tak serabut. Ringan2 ye. Kalau nak berat2 mainlah FB. Kalau terdesak sangat nak 'berkawan' pergi la buat akaun baru balik kat friendster ke myspace ke. Tu la kau, dulu ada kau pergi delete sebab dah ada FB, kan sekarang dah lonely. douche..

p/s: imam terawih tadi menangis baca doa, terkesima seketika. Tapi orang sekarang ni menangis bila pelajar AF kena undi keluar je..... nate mu!

eh, baru aku perasan, orang nama fatin ni kiut2 orangnye ekk..

Monday, August 1, 2011

Edisi Ramadan: Tahukah anda?

Tahukah anda?
Di Negeri Sembilan masyarakatnya menyambut kedatangan Ramadan dengan Mantai, iaitu menyembelih lembu atau kerbau dan memasak lemang seminggu sebelum berpuasa hinggalah hari berpuasa.

Tahukah anda?
Jejak Rasul dan Bazaar Ramadan@TV3 adalah antara rancangan yang aku tunggu tunggu dalam bulan Ramadan ini selain daripada rancangan memasak seperti ketuk ketuk Ramadan dan Riang Ria Raya.

Tahukah anda?
Penyimpan Mohor Besar, Raja Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, telah bersara pada Januari yang lalu setelah bertugas selama 22 tahun dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.


Sape tak kenal mamat femes ni lempang diri sendiri laju laju. Aku kenal dia semenjak aku kenal tv lagi.

Ni la penggantinya. pakai skirt belah u!

Tahukah anda?
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui umat Islam dan ianya pada bulan Ramadan.

Tahukah anda?
Bulan Ramadan sebenarnya menuntut umat Islam mendekatkan diri dengan Tuhan dan mengajar kita bersederhana dalam segala hal, bukannya berbuka kat hotel apa bagai dengan harga mencecah RM80 per pax!

Tahukah anda?
Saya berasa sungguh terharu melihat tv3 menyelitkan Kalamullah dalam rancangan mereka
walaupun saya antara orang yang selalu mengeji mereka.

Tahukah anda?
Dataran Senawang di Negeri Sembilan sangat terkenal dengan jualan barangan persiapan Raya ala ala Wakaf Che Yeh di negeri Kelantan.

Tahukah anda?
Daerah Rembau dan seangkatan dengannya selalu mengalami masalah gangguan air
sehinggakan pada dua tahun yang lepas aku sambut raya dengan tak mandi sampailah petang. Bagaimanapun tahun ini dikhabarkan ianya tidak akan berulang dengan wujudnya empangan baru. harap harap tak la...

Tahukah anda?
Aku bermimpi KFC pagi tadi. Pemilik KFC tu tanya soalan,
"Cuba teka apa nama bahagian ayam ni." aku pun jawab dengan bangga... "monggeng" dan hadiahnya 3 set hidangan KFC. Kurang asamm punya mimpi..

Tahukah anda?
Sebelum aku bermimpi KFC aku tak lena tidur sebab excited punya pasal nak bersahur. Last2 pukul 7.30 pagi baru tidur. Dan aku bangun dari mimpi pukul 12.30 tngh hari. syaiton ni rojim.. syaiton ni rojim... patutla mimpi bukan2.

Tahukah anda?
Sebentar tadi saya telah terbodohkan dan terbangangkan seorang pemandu yang tidah berhemah di jalan raya. Dugaan puasa di hari pertama mungkin. astagha...

Tahukah anda?
Bulan puasa merupakan bulan untuk para perokok mananamkan azam untuk berhenti merokok. Contoh yang paling terdekat, ayah aku yang berhenti merokok bulan puasa 5 tahun yang lepas setelah merokok lebih dari 20 tahun!

Tahukah anda?
Kentut tidak membatalkan puasa. Aku masa kecik dulu punyalah bangang ingat kentut boleh batalkan puasa jadi aku tahan kentut dari sahur sampailah berbuka! grrr...

Tahukah anda?
Para peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar bandar boleh mencapai keuntungan sehingga RM20 000 sebulan! wadehel! aku pun nak berniaga la kalau macam ni.

Tahukah anda?
Bulan Ramadan juga dijadikan pesta makan oleh sesetengah orang hingga menyebabkan pembaziran di mana ianya sendiri bertentangan dengan konsep puasa itu sendiri.

Tahukah anda?
Syarikat pembuat pewarna dan perasa seperti Star Brand mula memainkan femes anthem nya di tv; "ros, pandan, vanilla, mangga, limau, epal, kuning telur, hijau epal, cochyneal, coklat oren, biru tulen... dan juga merah". aku hafal kot lagu ni.



Tahukah anda?
Selain syarikat pewarna dan perasa, syarikat tepung naik sendiri dan minyak wangi juga giat mempromosikan barangan mereka di kaca tv seperti Tepung Blue Key dan One drop Perfume.

Tahukah anda....
Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna. Ramadan menuntut umat Islam supaya mendekatkan diri dengan Allah Maha Besar. Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, ianya lebih daripada itu. Supaya kita mengenali erti penat lelah di dunia dan bersyukur ke atas setiap kurnianNya. Puasa juga membantu manusia menanamkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Maka, puasa menjadikan seseorang itu lebih baik dan bertaqwa.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah: 183)

like la kalau sudi :)

Wednesday, July 27, 2011

Selesa, kacak, bergaya.

Gaya, mutu, keunggulan...


wat the hell yeah. Konklusi untuk bulan Sya'ban kali ini ya.

mula2; wadehelll !!!
kemudian; hell yeah!!!

Early Sya'ban memang macam tahi je hidup. Tak ada hala tuju. makan tido, laptop, makan , tido, laptop. plan2 semuanya hancus, korbankan satu plan dgn harapan plan lain berjalan dengan lancar, tetapi ternyata semuanya hancur. Di unfriend oleh yoona dalam fb. wth.

Kemudian, sampai hujung bulan rasa hidup semula. Boom boom pow. pow, pow, pow. Selasa lepas dapat gak lepas gian tengok Harry Potter. hellven! beli tiket 3D, tapi rasa macam tak berapa berbaloi tengok harry dalam 3D. Tak berapa sesuai sebab cerita dia banyak scene lowlight, jadi bila pakai spek 3D jadi gelap sikit. Tapi tetap berpuas hati :D

The best 3D scene I think is when Voldermort died and turning to ashes. Macam flying ashes betul2 jatuh depan mata aku! rasa macam nak sentuh je ashes yang terbang2 tu. mantopp kot!

Overall, cerita dia best. Dark Lord mati. Harry kawin, Hermione ngan Ron kawin, bla bla bla... 19 years later masing2 ada anak dan hantar kar Hogwarts jugak. Tapi yang penting last movie ni melengkapkan cerita keseluruhan dia. banyak persoalan dari movie yg lepas2 terjawab. happy ending. tapi... tapi... RM5 untuk sewa 3d glasses... u gotta be kiddin me tgv.

Pergi JJ dengan mak n kak ija n anak2nya tapi tengok Harry sorang2, sebab dorang datang nak shopping je.Ternyata aku tak keseorangan, ada dalam 3-4 guys lain yang lonely-soldier-boy jugak. Jadi tak terasa loser sangat la. Tapi masa menunggu tu macam harammm. Bapak loser gila aku rasa jalan sorang2. Tak kesah ah, janji dapat tengok kan. Dan jugak dapat SJ7, woohooo! Gaji bulan ni masyukk, apa lagi, bazirkan la! syaitan ni rojim betul.



heh, tak heran la...

anyway wish u a very best of luck in ur future :)


Miqaeal n Irdina.
plus Damia.

Dua orang todds yang memanggil anda Ayah Su, dan seorang baby yang berumur tak sampai sebulan yang matanya terkebil kebil. Perfect moment kan? tapi kak ina je yang tak ada kat rumah, kerja je dia tu.

Pengakhirannya, sangat2 best.
There's always problem in our life, but the real problem is when we can't handle the problem well. What we need is just a little encouragement. As long as someone is loving you, and you give your love back. There's absolutely no problem!

and... welcome back Ramadan al mubarak :)

Sunday, July 24, 2011

My, my, style, style.




Spoiler alert.

Spoiler alert.

Spoiler alert.

its everywhere!!!

log in ur fb, u'll see it.

blogwalking, more than u can imagine.

urghh, urghhhh

x tahan sangat. ak download torrent smalam. tp tertipu, ada pasword utk rar file tu. wadehel, mmng WINrar lah torrent uploader tu. ni adik beradik malaun adware ngan malware jahanam la ni... buang masa dan 700mb dalam hd aku je. Harry Potter. x minat sangat pun, tp by the fact yg aku dah tengok sume movie series dia rasa macam terkilan la plak tak tengok yg last ni kan.

bole je nak tengok wayang. tapi takde geng. nak mengharapkan cakap2 orang tak boleh sangat. macam tin kosong je. ajak2 ayam. last2, apa pun tarak... kakak2 sume sebok je memanjang. ade la sorang dua kawan dekat2 seremban tapi sume dah jadi family women, malas nak ajak. sedih betul hidup ak ni. pathetic. xde life. tp ak tak kesah sangat pun. tengok la.. akan diusahakan dlm minggu ni g cinema.



oh ye, musim kedua How i met ur mother baru je habis tengok. next stop, season3. tak larat la nak buat marathon macam Najeh.

its awesome maa, its awwwwwesome! (gaya katy beth tery). season 1 tak berapa menarik sangat. biasa2 je. tapi masuk season2 best la jugak.

Ted mosby, we share same philosophy about certain things. he just a nice guy who always looking forward to the future. he never plays around people. He know what he wants. Though sometimes he make some honest mistakes, i guess. Yeah, conclusion, Ted Mosby is a bit me! the personality, I mean..and the eyes..urghh u know...


I hope someday, god will send me someone with yellow umbrella, too. cause its gonna be legend.... wait for it...



...dary! its gonna be LEGENDARY!

Friday, July 22, 2011

Muka budak baju merah, sadis.

Sebelum tu nak cakap yg aku tekad nak habiskan buku yg baru beli tu nnt. lama gilak kot tak membaca buku2 novel ni. The last time I think in my form5. Itupun 'pinjam' junior punya novel yg tertinggal kat surau. Ak bagi balik next week...lepas dia buat pengumuman kat surau. har har har, my junior got PWND by anon.





enuff said, we story bout the book tomorrow leh..



the serious part. look for urself...







Ahah! another person got Fukken PWND!

credit to: obefiend's blog

Wednesday, July 20, 2011

What a wonderful world!

"u spin my head right round right round, when u go down, when u go down down!"

then,

"i know someday that we all turn up, u'll make it work, so we can work to work it out!"

*shoot* seriously man, had a merry-go-round topsy turvy Wednesday, today. Luckily, it ends well. very well.

Its all started yesterday actually. While my dad was away from home at Cheras. He got something work-related to do. oh yaa, he got to go for a course. The course run about in three days, i think. So, as a 'vice captain' of the family, it is my duty to fulfill my dad's daily chores. *shoot* oh, hell yeah yesterday, I got to wake up around 6 in the morning, then I drove my sister to her school. sekolah agama beb, tudung labuhh! kinda cool~ then after i'd drove her, go back home. bla bla bla, around 9.30am then go to ZeMart. kinda PC Pantai Timur version of Rembau. bla bla bla, going back home. then something terribleeeeee happennnnnnnnn.

My car, or obviously, my dad's car can't be started! wat the??? sabar.. sabar.
it was my fevret car since it is auto^^ and its more cooler, I think XD.. so, with anger and some dissapointment i grab the oldie Kembara key then just fetch my sister with kembara. Its not I hate kembara, since it was manual and quite fussy if there's traffic so i rather choose my saga, pfffttt dad's saga. but its not the problem, the problem is my father gonna come back the next day. So, i need to be prepared for anything happen to his car. shoot! shoot! shoot!

blimey me. avada kedavra me. I'm a dead meat.

Then he came home. He's quite paranoid at first, but I keep my cool as I don't want to make him more angry. Lucky me, it was just battery problem so just need to jumped the battery. fuhhhh.. lega siott...


tapi tak habis lagi...




belum lagi....




belumm...






urghhhh......





ok! ok!





blimey, yikes!



semua menjadi normal kembali. Tiada serba salah atau penyesalan. Jadi petang2 makan durian memang seronok lagi2 diiringi lagu ni.

~and I think to myself, what a wonderful worlddd......~


Cheerio!

oh lupa nak gtau, bateri kereta kong sebab ak lupa tutup lampu depan dari pagi sampai petang. pffttt~~

Sunday, July 17, 2011

Fukken PWND!

you need to see this guys! ManUshitzUnited fan got fukken PWND by Malaysians Scousers.



i don't really understand wtf is wrong with this dude, but seriuosly, EPIC FAIL! XD

Friday, July 15, 2011

Bersih dan Perpaduan.

Dah lama tak post. Ada macam satu boulder yang menghalang aku untuk post. Di ibaratkan macam otak Chuck yang dihalang oleh perisian ciptaan bapanya sendiri untuk menghalangnya dari menggunakan Intersect. huhhhh, da stat merepek da.

oh, mau kongsi satu benda hari ni. kongsi, kongsi. lu langsi, lu mati. Satu software yang diberi nama Hotspot Shield. komen aku; wow, gorjes, beautiful my girl, in the cube, cantiknya, gila la, *drooling*, Hana Tajima, hot, irresistible, cool, Fatin Liyana, durian!

Software yang bagus untuk menentang habis habisan si durjana SKMM. huh. kesian pulak SKMM kena sumpah je hari2. Bukan salah dorang pon sebenarnya. Salah pengguna yang salah guna dan kerajaan terpaksa block website2 perkongsian fail. Mangsanya ialah orang yang tak bersalah macam aku yang baru nak belajar download mendownload ni. Nasib baik sempat download habis Chuck season4^^. Dan kepada anda2, jangan salah gunakan software ni pulak ye, tak pasal2 aku dapat dosa free. Takpe, sape yang buat naya ngan software ni maka tiada keberkatan baginya :P ambik kau [link] ni.

Tapi pendonlod tegar mesti ada cara yang lagi senang or software yang lagi mantopp dari software ni kan. ape lagi, sharing is caring. i love u, u love me. we are happy family^^. tolong tinggalkan link kalau ada sofware lagi best eh, eh, eh *merayu ni*

okayy. Apakah halangan untuk aku post untuk sekian lama sedangkan aku hanya duduk di rumah goyang kaki sambil menonton tv dan menggosok gosok perut sambil bergelak ketawa dan mengorek hidung! *cuba imagine*

Bersih :) Isu dah tak hot, tapi rasa janggal pulak kalau tak sentuh pasal benda ni kan. Tak kisah la anda sokong yang mana. Tapi sedih aku tengok orang sesama Bangsa sesama Agama bertikam lidah pasal isu ni. Terus terang, aku sokong Bersih. Kalau buka FB, macam2 status yang keluar seminggu dua minggu lepas. Ada yang mencarut, maki hamun, macam2 lagi la. Sedih, serius sedih. Kalau aku nampak status2 yang berbaur Bersih, benda yang paling aku berani buat pun setakat baca sahaja ataupun 'like' kalau ada poin2 yang munasabah. Tapi komen2 kat bawah konpem ada yang kutuk mengutuk la, caci maki, macam2 lah. Aku nak komen takut. Ilmu tak banyak, tak berani nak lawan pembangkang Bersih ni. Serius aku takut.

Okay, mood serius. Bersih ni tujuan dia hanya untuk menuntut pilihanraya yang adil, atau dengan lebih tepat ada 8 tuntutan. okay, pegi study murid2. Bukan bertujuan menyokong si Ambiga yang tolong Lina Joy murtad atau sokong Anwar dengan kes liwat dia tu. Cuma menuntut pilihanraya yang adil. Sedih bila ada penyokong kerajaan yang membuta tuli kata penyokong bersih ni jadi hamba Ambiga la. Jadi pak turut la. macam2 caci maki. Pasal Ambiga tu, pi mampus dia la nak sokong bersih ke tak. Aku tak kisah pun. Pasal kes Lina Joy pulak memang takde kaitan langsung dengan Bersih ni. Dah terang terangan Lina Joy anak pak imam tu yang nak murtad, si Ambiga yang terang terangan non muslim ni pun tolong la. Dia bukan muslim pun kita nak marah2. kalau nak marah, pi bunuh je la Lina Joy yg murtad tu. Tak masuk pasal IFC lagi. pening2. Dua2 nya isu yang lebih kurang. Tapi digunakan poin2 tersebut utk membantah Bersih. pegi la study pasal IFC tu sendiri murid2. Malas cikgu nak bagitau. semput cikgu tauu... ahhhhh~ semputtt...

Ok, serius kembali. Nak tanya soalan sikit, anda puas hati ke dengan pemerintahan kerajaan sekarang? Anda gembira? Anda berasa seronok? Ya, andalah yang kami pilih. Kalau rasa nak sesuatu yang baru semuanya di tangan anda. kata demokrasi. Pilihanraya ni anda tentukanlah sendiri bagaimana kerajaan yang anda sendiri bentuk melalui demokrasi ni. Di mana2 pergi, demokrasi dilaungkan. Kalau sape pergi bersih hari tu, reformasi yang dijeritkan. Sape yang duduk rumah time Bersih hari tu sambil goyang kaki penakut nak turun padang sambil duduk depan laptop layan youtube dengan menaip 'Bersih' pun dapat dengar laungan Reformasi. Aku la yg duduk depan laptop tu. Tahukah anda bersih itu haram. tu kata Pak Najib kita.

Maka setelah dikatakan haram. Kerajaan pusat ataupun BN pun mengerahkan polis2 untuk menjalankan 'tugas' membanteras Bersih daripada berlaku. Sape mangsa? Polis jugak yang kena buat kerja. Tapi sesetengah penyokong Bersih sendiri pun ada dalam kalangan mereka yang menghentam kromo menyalahkan polis. kemudian satu persatu tohmahan hinaan terhadap polis dikeluarkan. Percayalah, bukan semua polis baik, dan bukan semua polis jahat. Siapalah kita nak menghina mereka yang hanya jadi boneka kerajaan pusat. Kalau tanya mereka sendiri, mereka pun tak nak turun kerja. Kerja hari ni pukul 4 pagi. Esok pukul 4 petang. Terpaksa buat roadblock sana sini atas arahan orang atasan. Yang bekerja ni orang bawahan je. Orang atas sana tu hah yang bagi arahan.

Tapi perlukah kita menghina semua polis. Ya, saya anak polis. Aku sendiri tengok ayah aku kerja pagi petang siang malam tak putus2 sebab Bersih ni. Roadblock sana sini. Kesian pun ada. Bila aku bukak FB ada pulak penyokong2 bersih ni yang maki hamun polis. Bodoh la. Itu la. Ini la. Sensitiviti terhadap masyarakat dah kurang. Cuba orang2 yang macam aku ni baca, anak2 polis, tak ke sedih tengok bapak ko kena hina. Percayalah, ada sebahagian polis yang memang nak sangat join bersih ni. Dan pasal polis baik, polis jahat tu memang tak dapat dinafikan lagi. Bukan polis je sebenarnya. Sektor2 lain pun lebih kurang je, cuma polis ni lagi banyak berinteraksi dng orang awam. Serius memang banyak polis yang tak guna, tak habis2 mintak suap. Aku pernah kerja kat satu tempat ni. Semua pekerja dia endon. Banyak dah aku dengar cite2 pasal polis mintak suap ni. Duit rokok la. Duit kopi la. Selalunya mat2 endon ni cakap kat aku kena pau dalam 10, 20 ringgit. dorang pun dah paham sangat dengan polis kita ni. Bukan semua boleh pakai. haprak. Tapi, bukan semua jahat. percayalah, kalau bapak aku jahat takdenya aku ada kesedaran nak post panjang2 macam ni nak kau baca. heh, *tetibe* Poin aku, kita fokus kepada Bersih sahaja sudah cukup. Yang part2 polis rasuah, polis ganas, polis rompak rumah saya, polis rogol anak saya tu ketepikan seketika. Polis pun manusia jugak, ada buat salah. kita fokuskan kepada bersih je la tuan puan penyokong bersih sekalian.

Mari kita rungkaikan dengan bantuan youtube pulak. Sape yg ada tengok video "polis kata jalan. Jalan!" tu cuba pandang dari sudut polis tu sendiri. Dia dah la terima arahan dari orang atasan suruh jaga perhimpunan ni. Dia marah, dia pun manusia jugak. Tension kot. pasal sembur air dengan baling gas pemedih mata tu plak. Cuba fikir, dorang main sembur main baling tu suka2 ke? mestilah dorang terima arahan. Arahan dari siapa,? dari ketua unit dorang la. ketua pulak terima arahan dari siapa, orang atasan la, orang atasan plak terima arahan dari siapa, orang atasan atasan atasan sampailah yang teratas. Tapi yang kena kerja yang kena maki hamun orang bawahan jugak. Kesian aku rasa. oh, sape orang atasan tu. Bukan nak tuduh. Tapi orang polis mengikut arahan kerajaan pusat. Sape yg tadbir kerajaan pusat? Nik Aziz ke? Ambiga si penyokong murtad ke? Rosyam Nor ke? lu pikir lah sendiri. Kesian kat hospital tung shin yang kena sembur air tu. Ape ke bangang pergi sembur air kat hospital. Tahulah penyokong2 Bersih berkumpul kat situ tapi kalu ye pun takut sangat ngan Reformasi yang dijerit jeritkan oleh Bersih janganlah sampai hospital menjadi mangsa. Sape salah, polis jugak yang salah^^

satu lagi video, tengok dulu kat sini. Pak samad kena tahan ngn polis tak bagi masuk istana time nak hantar petition. Kejadahnye BN ni, macam pariah dah. kejap boleh, kejap tak boleh. Tak guna punya polis, yg ko tak bagi tu apesal. Arahan. oh arahan. Sape yg bagi arahan? "orang atasan"? sape yang kena maki hamun? orang bawahan...pffttt..

Dari pandangan Islam itu sendiri, demonstrasi secara aman itu adalah harus tertakhluk kepada terma dan syarat^^ untuk maklumat lebih lanjut boleh baca sendiri hasil persetujuan imam muda Asyraf and co. Macam2 respon dari peyokong mahupun pembangkang perhimpunan ni. Aku ada bersembang dengan sorang dua pemuda yang cukup berani pergi ke perhimpunan bersih ni. Dia sendiri cakap, penganjur dah ingatkan, jangan buat apa2 yang tak patut sperti provokasi. dan kalau ada orang yang berbuat demikian jauhi dari kumpulan tersebut. Dan kalau nak tahu, perhimpunan ni memang aman. Ia sekadar demonstrasi aman sahaja tanpa provokasi dari penyokong. Tapi malangnya, pihak polis yang selalunya buat hal dulu, kemudian ada pulak barwa dalam selimut. Tu baru jadi tak berapa nak aman tu. Sape salah polis jugak..^^

Terserah pada diri sendiri, masing2 dikurniakan akal untuk berfikir. Perbuatan menyindir, menghina, mencaci maki, memaki hamun tu lah yang memecah belahkan kita sebenarnya. Abang ipar saya ada menyarankan dalam fb dia bacalah majalah Solusi isu 33.




Aku sendiri dah baca dekat separuh. Memang sesuai sangat dibaca oleh pihak yang menyokong kerajaan, pembangkang, mahupun yang bersikap neutral dan yang tak ambil tahu.

Konklusinya disini, kita sebagai umat islam, bangsa Melayu, janganlah disebabkan fahaman yang berbeza memusuhi sesama kita. Seelok eloknya perbezaan fahaman ni di perdebatkan dengan sesuatu yang berilmiah daripada kita menyindir, menghina dan melangsikan antara satu sama lainnya dan seterusnya tercetus permusuhan. Perpaduan boleh dicipta dengan cinta. Cintalah kepada Tuhan kamu, nescaya akan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Contoh yang boleh diambil disini ialah, perbezaan Mazhab dalam islam itu sendiri. Dan jangan taksub sangat dengan sesuatu perkara. Cuba cari pokok pangkalnya. Taksub sangat ni yang bahaya ni. Bila kita taksub, mata kita dikaburi. Kabur dengan ketaksuban kita yang menyebabkan kita tidak boleh atau tidak mahu melihat kebenaran. Tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Pendapat orang lain dibidas dengan sindiran, cacian dan bermacam mcam lagi. Jangan sesekali anda taksub.Bahaya. Tentang pemerintahan di Malaysia pulak. Terserah pada anda, anda yang mahukan demokrasi. Pada masa ini pun , saya sendiri pun mahukan demokrasi. Tapi kenyataannya sistem demokrasi di memang banyak cacat celanya. Anda baca disini. Demokrasi memang satu sistem yang bagus sebenarnya. Bagus untuk orang yang betul2 jujur. Untuk parti yang betul2 mahu membantu rakyat. Untuk pemerintah yang mahukan negaranya maju. Tapi dengan sikap manusia pada masa kini, saya kurang yakin dengan demokrasi untuk masa yang panjang. Kalau zaman2 nabi buat sistem demokrasi mungkin boleh berjaya dengan sikap dan sifat sahabat2 baginda yang mahmudah, memang demokrasi satu kejayaan. Manusia zaman sekarang...hmmm, tau2 je la.. Tapi sedangkan, nabi sendiri menggunakan sistem yang paling mudah, musyawarah. Masih relevankah demokrasi di negara kita? susah nak dirungkaikan sebenarnya, dengan ilmu saya yang cetek ni. Dengan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, dan banyak faktor2 lain. Tapi harus diingatkan, bahawa Islam itu meluas. Semua skop aspek kehidupan kita mestilah berlandaskan Islam. Hingga kepada sistem pemerintahan itu sendiri sepatutnya. Tugas siapa untuk mengubahnya,? tugas anda2, kerana saya tak cukup umur nak mengundi. next year baru boleh. Melalui apa? demokrasi... sistem dari barat yang ditiru dan diubah Malaysia... ironi sungguh.

mintak maap, susun jari sepuluh, tak cukup gua susun jari kaki sekali, mintak ampun mintak maap, kalau ada tersalah bahasa, terkasar bahasa, tersentuh mana2 individu yg berkenaan. Mintak ampun ye, saya pun manusia biasa. fuhh lega dapat lepas semua...

berita terbaru.. melampau sungguh.

Wednesday, July 6, 2011

Mitos.

ahaa..listen girl..my first love story,
my angel,
and my boys,
my sunshine..
ahh..ah...ah lets go!

HAH! bila aku nak tengok sportscenter, dia sibuk nak tengok Nora Elena. ohdemm. kacau daun sungguh. tapi macam best je kan. diwar warkan di sana sini. Facebook, twitter, blog jangan cakap laa, even adik aku sendiri yang suka kacau time aku tengok tv tu pun layan. ciss. Dah la menangis tengok BOF. wth. Kalau tengok 1 litre of tears takpe la. *demm, kantoi.* Aku pun ada gak tengok sikit2 episod awal2 Nora Elena ni, tapi lepas tu terus tak tengok dah. Faham la jugak, bla bla bla kena rogol, bla bla bla, putus tunang, bla bla bla, Sethan kawin paksa ngan Nora, bla bla bla, Nora tak suka, bla bla bla, Sethan romantik, bla bla bla, dah sampai situ je aku tahu. opss sori, Seth Tan.

Bila jalan2 secara on9 semalam jumpa satu post ni, ada orang tak puas hati dengan Nora Elena. Siap tulis surat. Antara isi dia,

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


fuhh, memang tergelak aku baca benda ni. penulis seorang wanita sudah berkahwin dan ada blog sendiri, dia post asalnya nak tujukan kat suami dia dengan tujuan suka2. btw, bahasa dia memang agak lucah tapi sensible. cari la sendiri blog dia. lawak kot.

Adakah betul gurauan ini, Sethan hanyalah mitos? Pendapat peribadi, tak kot. aku rasa aku ni macam Sethan gak nanti. urghh, bad joke. Tak tahu la. oke la, nak sambung layan mitos dan mitos aku. uhhh, tapi yang ni bukan mitos, ni realiti!


teringat pulak mythbuster. lama da tak layan...oh televisyen...

gee, gee, gee, gee, gee, baby, baby, be,..
gee, gee, gee, gee, gee, baby, baby, be,be,be,be..
berak.

Gee! Gee! Gee! Gee! Gee! :P

Monday, July 4, 2011

Nur Damia Qaisara.

A very nice name. Still a very long journey. There's too many things you need to learn baby. Because u're still a baby :)

Tak dapat nak snap pic sebab kamu baru je lahir hari ni kan. Alhamdulillah pada tanggal 2011 bulan Julai haribulan 4 lahirnya seorang bayi yang diberi nama Nur Damia Qaisara.

Thanks to God who just gave me another niece. A cute one. Its such a wonderful feeling by just thinking of how God puts a baby in your sister womb. Then after 9 months++, tadaaa, a lovable yet adorable creature came out from my sister. Such a genius.

2.8 kg. Not too heavy, not too light. She has a very2 fair skin. Well both her parents has fair skin and by fact that maybe she inherited some of the Chinese gene from my family ^^. Then, her hair was just lavishly lushy bushy bushy * lebat! * ikal, bak kata Tok Wan dia ^^.

But her condition is not really that good at first. She has some problem with her health. Jantung lemah. Her mother was rushed into the labour room from 8a.m and finally gave birth at 12.30p.m. Fighting for 4 hours! So her health is not really that good. having weak heart and low core body temperature. sekarang alhamdulillah dah stabil sikit esok boleh balik dah^^ . but looking at her mother, my sister, the first thing you can do is smile. ahahh, now u know, even a doctor need a doctor!

what u expect from a mother who had fought for her child in labour room for about 4 hours rite. Kena vacuum lagi tu. Sikit lagi nak kena epidural.*ntah menatang apa epidural ni pun aku tak tahu sangat, nantilah aku google* Kesian pulak bila fikir balik. kesian kat perempuan2 yang melahirkan anak ni. Sakit kot. Just by thinking about it make me sick. uhhhhhhh... pain pain pain pain. Tahu tak melahirkan anak, sakit yang kedua paling sakit di dunia lepas mati.

False labour*4cm*6cm*10cm(wth!)*contraction*air ketuban* gunting*jahit*caesar*normal*induce*vacuum*
sedut gas* urrghhhhhhh.... rasa pening kepala fikir benda2 tu. Not by the fact of the blood or the cut. yeah, feel lil' pity for the cut. but the main thing that make me sick is the pain. 4 hours dude! even there were some mothers fighting for 8 hours! gilaa. so, saya sebagai seorang lelaki dan seorang anak, amat merespek makhluk yang bergelar ibu ni. Sungguh respek saya kerana anda2 sudah rasa apa itu sakit perit jerih melahirkan anak kan. Juga kepada bakal2 ibu ye^^

Satu lagi benda, dah pandai lahirkan anak. Pandai pandailah bagi susu ye... Peringatan; susu ibu adalah susu yang terbaik. Anak orang mestilah bagi susu orang, kalau anak lembu mestilah bagi susu lembu. sedangkan lembu menyusukan anak sendiri. ada lembu bagi anak dia minum susu manusia? xde la, joking je. jgn marah para ibu. At least bagi la dalam 6 bulan pertama. Kalau ikut Islam pun at least dua tahun tau. bukan apa, aku ni pun kurang minum susu ibu time kecik. dah besar langsung tak suka susu lembu. time kecik asyik minum susu lembu je, patut la perangai macam lembu. kadang2 je... dah besar tak suka minum susu lembu pulak dah. patut la kurang tinggi. tapi takde la pendek sangat kan. standard lelaki kot. lembu oh lembu. Dan susu kedua terbaik adalah susu kambing, bukan lembu oh lembu.

yeah, it rocks bebeh!


psstt.... gua dah tahu apa itu epidural. macam bius la, tapi kat spine. gilaa wokk
!

Thursday, June 30, 2011

Televisyen.

sebelum cakap pasal televisyen nak kasi tau pasal satu benda best dulu. jumpa satu add ons firefox yang sangat2 cool. Facebook nampak menarik sikit bila dilayari. mudah untuk stalker macam aku ni kan. nama add ons ni facebook photozoom. ni link dia. agak seronok la jugak, tak payah susah payah nak open new tab tengok gambar2 kan. Cuma kena arahkan cursor dekat profile pic atau yang seumpamanya je kalau nak tengok gambar. Ada hari tu sekali saja try taip nama seseorang yang telah di'unfriend' kat search box facebook. keluar la sugestion orang tu. dan bila diarahkan cursor kat profile pic dia, keluar pic profile dia yang dah di private kan pulak. ehheh, sori tak sengaja tengok. Tak ada apa2 pun tapi tak sedap la kan tengok private pic orang. *kan aku dah cakap add ons ni memang bagus untuk stalker^^ *

oh ye, semalam, malam Sabtu rasa seronok beronok ronok duduk depan tv. Sebab pertama, habis je buletin utama tv3 yang tak berapa nak betul tu terus stay on tv3 tengok majalah 3. tengok sugar glider yang diidam idamkan dari zaman matrik lagi. seronok wooh kalu dapat. Tapi kalau dapat pengacara majalah 3 lagi oke kan.


auwww, manisnya kurma ini~ uhhhh, semput, semput. Tapi dia dah nak kahwin la. Apa apa sajalah... Sebab kedua, tak payah tengok mari menari bersamaaaaaa.. aku memang tak suka la program2 yang memang bukan aliran aku ni. Entah hape2 punya program. duniawi semata mata. kalau nak tau tu fevret rancangan para wanita dalam rumah aku ni. Tapi disebabkan ayah menggunakan kuasa veto semalam dengan menguasai remote astro sepenuhnya, maka majalah3 la pilihan kami. Ahhhh...bersyukur tak terkira aku semalam. Mari menari sucks.

Lepas habis je majalah3 layan cerekarama. lawak kott. tergelak gelak tengok. Walaupun ending cam haroommm ckit. but, what u expect from cerekarama kan? overall boleh la. Tapi gelak pun sebab rasa macam terkena tempias. Takut terkena kat diri sendiri nanti. Anyway, Almy Nadia nampak kiut plop dalam cerita ni kan. garang kiut kiut. i like...

Semenjak dua menjak ni rajin sikit tengok tv. Bosan jugak hari2 melayan internet ni. Antara yang menarik, Cesar Milan dengan anjing anjingnya. Suka aku dengar lagu spongebob yang dah ditukar tu. Rindu pulak dengan Bear Grylls. Dah lama tak tengok dia makan kumbang. Tangkap ikan, daki bukit dan bermacam macam perkara tak masuk akal. Best sebab dia ajar cara survivalship yang mantap. kan best dapat buat semua tu. Tapi ada la jugak pengganti dia macam River monster. Hooked pun boleh tahan jugak. Dah bosan2 sangat layan KBSW je ^^. btw, melodi sucks.

owhh, astro sucks juga. Suka suka hati naikkan caj bulanan. Kurang asam punya astro.

huh, surfing2 internet semenjak dua menjak ni. Cari info pasal tempat2 menarik yang mahu dilawati. serius shit aku naik angin kalau tak jadi wahai heilmi, kemon dan pak padil sekalian. Dah banyak duit den pau dari famili den ni ha. Boleh la kito poie jalan2 makan angin satu nogori ni. aku sucks juga, sucks dalam loghat nogori ni. Kalo cakap Perak teman tau le^^. rindu durian Perak ;(

fuhh, baru habis tengok maharajalawak. Sepah memang the best wa cakap lu! *heh, ni duniawi jugak kan...* at least, dorang takdela terkinja kinja macam beruk. hiburan oh hiburan ;(

p/s: lama tak pos sebab malas. malas mals dan malas. wekkk


aaahhhhhh..... manisnya kurma ini~

Friday, June 24, 2011

Lovesick.

Seriesly lepas je post pasal jadi hepi, aku tidur macam biasa. Tapi benda luar biasa berlaku. Mungkin sebab kuat tipu kot. tak hepi sangat pun. Hepi secara sadis dan sarkasis.

Nak dijadikan cerita maka turunlah bala/ujian/dugaan/cubaan yang maha dasyat bagi diri yang kerdil ni. Tak dapat tidur, semua tak kena. Rasa sejuk, panas, tak sedap badan dan macam2. Konfem demam ni. Sampailah ke subuh baru dapat tidur. bangun dalam pukul 11am kepala memang pening habis. Memang sakit tahap kritikal tak ingat dunia. Nak angkat sebelah tangan pun rasa terseksa.

Ayah dah gerak gi kerja. Malas nak kacau, ajak mak je pegi klinik. Bayar RM1 tunggu prosedur setengah mati orang tak ada la ramai sangat. Memang klinik kerajaan ni untuk bagi rakyat K.O. cepat. Pergi kat doktor, doktor passing kat lab, takut ada denggi. sabar lagi, nurse yang nak amik darah tu menyembang pasal gaji apebenda sepatah haram aku tak ambik kesah buat selamba je sembang2 lagi. aku dah menggigil macam nak mati boleh sembang depan2 aku plak. sabar2. Dah amik darah anta kat lab then anta result kat doktor. fuhh lega, clear dari sebarang jangkitan.

Aku dengan kepala berat gila ni balik la ngn mak dgn hampa dan kuciwa. dah la kena drive jauh, tunggu turn semua habis dekat 2jam, dapat panadol je! 39.15°C kot! balik rumah condition tak berubah.

ehmm2, part tacing2 dah sampai ni. sampai je malam, temp. tak turun. time nak tido tu tiba2 rasa sejuk2 kat dahi. ingat kan ada kucing kencing ais atas dahi ni ke, cicak main ludah ais beramai ramai dari siling rumah ke, tak pun aku kencing ais pancut sampai ke dahi sendiri ke. rupa rupanya mak tuam ais. ais ais bebeh. memang nyaman, tertido dengan nyenyak. sampai subuh mak tuam. baik tak baiknya mak aku ni. ni maksudnya aku ni anak kandung bukan anak angkat la. har har har

pagi tu rasa sihat sikit tapi badan still sakit2 n temp. drop sikit je. tapi better dari semalam ye dak. Ayah plak buat surprise, balik kerja awal terus bawak gi klinik Dayang. Baik dr dayang. memang la baik dah bapak gua bayar ubat lu yang mahal ni kan. dia bagi segala jenis ubat yang dia ada. petang tu je terus baik da. antibiotik tu yg penting sebenarnya.

Konklusinya, my parents were just ohsemmmmmmmmmmmmmm. this is not the first time I had this kind of sick, but fell sick around my parents is considered as 'lucky'. yep, I'm staying at hostel away from family from form4 until now.

pernah time nak masuk bilik baru sem2 pun demam jugak. terlantar atas katil seminggu. bila dah demam macam tu makan apa pun pahit. mak masak sambal rasa pahit, kari rasa pahit. buah manis je boleh makan. berkilo2 mangga mak beli aku bedal time tu. dah itu je yg manis. lagi pun ayah pun ada beli lagi.

dan bila sudah sembuh ni, saya memanjatkan syukur tidak terkira kehadrat Allah SWT. memang nak bersihkan dosa aku yg banyak sangat ni.

dan untuk budak baru baik demam, inilah habuan anda,


har har har

Monday, June 20, 2011

I'm a happy guy :)

I'm happy everything's going smoothly. happy as everyone around me were happy.
happy as my life is surround with lovely people. happy. happy. happy.

I'm happy for your happiness. I'm happy as long as people around me happy.
I'm happy i live my life to the fullest. happy. happy. happy.

I am Mr. Happy. Happy even I have an empty pocket. happy even my sister cut my weekly allowance for this week. happy even my parents thought that 'You're a millionaire, so no allowance for this month'.

I'm happy I'll get another niece since my sister will get her first child around this week. I'll be happy for the third time since i already have a nephew and a niece.

I'm happy since my tummy is happy. I'm happy even i am overweight. I am happy as my result gave me a relieve. I'm happy i'm not exercise for a long long time. i'm happy , happy, happy.

i'm happy i'd finish watching many movies, series and dramas in my laptop. i'm happy playing games in my laptop day and night.

Lastly, I'm happy as long as you happy. So, what makes you happy? :)

p/s: mood; still in lazy bumpy bumpy mood. but happy :) arghh, seronoknya duduk rumah.

Saturday, June 18, 2011

Banyak benda nak cerita.

2 minggu menyepikan diri. online hanya untuk tengok update kawan2 dan like2 comment2 kat fb dan blog. juga baca news^^

Dua minggu lepas, lepas balik dari Kelantan terus disuruh bekerja. Ayah suruh. Ayah cakap daripada duduk rumah tak buat apa apa baik kerja dengan benda yang berkaitan dengan kos kat u.

So, he decided to let me work at one of the biggest livestock trading company in Negeri Sembilan. hah, ayat nak up je kan. kerja kat ladang kambing. yeah, very2 related to my course lahh, ruminant.

baru quit hari ni. cukup la kerja setengah bulan kan. tak payah lama2. ceh, padahal da malas. Tapi memang banyak ilmu yang ditimba. Kira berbaloi baloi la kerja sambil belajar kat situ. Dapat maintain fitness lagi. Ye lah, ingat senang ke nak jaga kambing ha.? Tak susah mana sebenarnya, tapi kena kerja yang berterusan. takkan nak cuti hari ahad kan. kalau cuti kambings nak makan apa. ceh.

nanti la story mory. gua sudah mengantuk ni.

mata kanan ni dah bape hari terkedip kedip. orang cakap ada orang rindu dan nak berjumpa. yes, budak2 sekolah gua mahu cuti2 Malaysia. maka bertemu la kami nanti setelah lama terpisah. owh, patut la berkedip kedip^^.



sneak peak. yess, a lot more to come!

nitezz fellas

Tuesday, June 7, 2011

In Pictures: Kelantan.
























































....

Suddenly, u wake up in the morning. Go outside and taking some nice fresh morning air. With these creatures chirping happily around u as they welcoming u back. Then u know, u're home.